“Rindu tapi tak menyesal” – Tampil manis berhijab, Norreen Iman menangis padam gambar lama di IG
PENAMPILAN terbaharu pelakon dan personaliti media sosial Norreen Iman menjadi perhatian pengikutnya apabila dilihat sudah mengenakan hijab.
Tidak hanya itu, Norreen atau Norreen Iman Abdullah, 30, juga mula memadam beberapa foto miliknya yang tidak mengenakan hijab serta mendedahkan aurat di media sosial miliknya.
Kata pelakon itu, kenangan tersebut sangat bermakna buat dia namun tidak menyesal dengan tindakan memadam atau meletakkan hantaran lama dalam bentuk arkib.
Norreen makin manis selepas berhijab.
“Saya telah memadam dan mengakribkan sebahagian (hantaran). Semua kenangan, content dan kerja.
“Saya menangis masa buat ini sebab rindu tapi tak menyesal,” katanya.
Norreen berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya.
Katanya, semua kenangan tersebut akan disimpan di dalam hati sekali gus menjadi kenangan indahnya.
“Daripada 2,000 lebih menjadi 300 lebih hantaran. Banyak kenangan. Saya dan Razzi, anak-anak, kawan. Tak apalah, simpan dalam hati jelah,” kongsinya.
Bagaimanapun Norreen tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai dirinya sudah berhijab sepenuhnya mahupun tidak.
Nad Zainal hadir ke kedai makan milik Norreen.
Meskipun masih terdapat lagi gambar-gambar mendedahkan aurat namun pengikutnya tetap memuji usaha dilakukan bagi memperbaiki diri ke arah lebih baik.
Netizen turut mendoakan agar aktres tersebut kekal istiqamah selain gembira dengan perubahan dilakukan.
“Dah pakai tudung ke? Cantiknya semoga terus kekal istiqamah.
“Makin cantik makin awet muda, perlahan-lahan pun tak apa,” antara komen netizen.
Sumber:mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.