Viral

“Rasa kesian sangat” – Pemuda seronok tapi serba salah jadi VIP ketika orang lain derlta beratur panjang di taman tema

ANTARA perkara yang merimaskan ketika bercuti semestinya perlu beratur panjang untuk masuk ke tempat tumpuan.

Seperti mutiara kata ‘masa itu emas’, setiap saat dalam sesebuah percutian itu adalah sangat berharga untuk dibazirkan.

Begitulah prinsip yang dipegang erat Azri Hashim, 25, bersama rakan-rakannya ketika melawat Sunway Lagoon pada waktu puncak cuti persekolahan.

Dalam satu video yang tular di TikTok, Azri telah membeli tiket ekspres untuk memasuki Sunway Lagoon dan dia mampu memotong barisan yang panjang dan berliku-liku.

“Kami tahu Sunway Lagoon waktu hari cuti mesti pack habis. Sebab itu kami memang dah rancang beli tiket ekspres.

“Kalau tiket biasa banyak masa akan terbuang untuk beratur sahaja. Dengan tiket ekspres kami tak perlu beratur dan terus jalan sahaja.

“Kami boleh manfaatkan masa sebaik mungkin untuk cuba semua jenis permainan yang ada dekat dalam tu,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Namun begitu, rasa serba salah pasti timbul ketika melihat pengunjung lain terpaksa ‘bersidai’ dan beratur dalam barisan panjang sedangkan mereka diberikan layanan karpet merah.

“Bila kita potong tu, orang semua memang tengok-tengok kita. Siap ada yang tanya sesama kawan mereka macam mana nak dapat keistimewaan macam kami.

“Rasa kesian sangat. Bayangkan kami dah habis naik permainan itu, kami nak naik sekali lagi, kami nampak orang sama masih beratur cuma berganjak ke depan beberapa langkah sahaja.

Kami dah enjoy sepuasnya tetapi mereka masih lagi dalam barisan.

Azri Hashim

“Dah dekat tiga kali kami naik turun permainan tetapi mereka itu masih beratur lagi di tempat hampir sama,” ceritanya.

Selain itu, Azri juga menerima pelbagai jenis pandangan daripada pengunjung lain yang beratur ketika dia dan rakan berjalan melepasi barisan panjang, tak ubah seperti orang kenamaan.

“Ada sesetengah yang pandang serong dekat kami. Mereka pandang kami atas bawah sebab kami dah enjoy sepuasnya tetapi mereka masih lagi dalam barisan.

Kebanyakan pengunjung perlu berjemur dan berpanas ketika beratur sebelum menunggu giliran bermain.

“Waktu kami nak masuk rumah hantu, ada seorang tanya dekat kami berapa harga tiket ekspres itu. Memang nampak dia berminat bila tengok kami boleh jalan terus,” katanya.

Azri berpendapat, kemudahan dan kelebihan yang dinikmati adalah setimpal dengan harga tiket ekspres yang bernilai RM230 manakala harga tiket biasa pula ialah RM150.

“Pukul 10 pagi Sunway Lagoon buka pagar kami dah start main. Kami balik rumah pukul 6 petang bila dah nak tutup pagar.

“Semua permainan dalam itu kami tak sia-siakan, memang kami cuba main sepuas-puasnya,” katanya.

Azri gembira dengan tiket ekspres yang dibelinya.

Sebelum ini Azri pernah berkunjung ke Sunway Lagoon sebanyak lapan kali dan ini merupakan kali pertama dia membeli tiket ekspres.

“Saya dah pernah lalu barisan panjang yang semua orang lalu tu. Saya pernah ada dekat tempat mereka. Saya tahu perasaannya macam mana. Menunggu itu satu penyeksaan.

“Itu yang saya rasa serba salah bila saya guna kelebihan tiket ekspres ini,” luah Azri.

Azri senyum lebar tak perlu beratur panjang ketika bercuti di Sunway Lagoon.

Azri menasihatkan pengunjung Sunway Lagoon di masa akan datang untuk membeli tiket ekspres jika mempunyai bajet yang mencukupi.

“Sangat berbaloi tiket ekspres ini. Kita tak nak buang masa dekat satu permainan sampai sejam atau dua jam. Kita nak cuba semua permainan.

“Tapi kalau semua dah mula beli tiket ekspres, mesti beratur panjang juga nanti macam tiket biasa. Jadi jangan beli,” katanya berjenaka.

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button