Viral

(VIdeo) Syok ‘belayar’! Bayi comel dibiar sejam tidur tengah laut, bapa jawab krltlkan tak sayang anak

RAMAI memuji kecomelan seorang bayi lelaki yang begitu tenang mandi di laut menggunakan pelampung kecil.

Menerusi video berdurasi 53 saat yang di muat naik di laman sosial, bayi itu kelihatan santai tidur di pelampung sambil menghisap puting.

Namun siapa sangka, di sebalik ketenangan itu rupa-rupanya si cilik merengek sehingga mengundang lucu dalam kalangan netizen.

Berkongsi cerita kepada mStar, bapanya, Mohd Khairul Azuan Burhan berkata, video tersebut dirakamkan oleh adik perempuannya ketika mereka sekeluarga mengadakan perjumpaan di Port Dickson, Negeri Sembilan, bulan lalu.

Lelaki berusia 30 tahun itu memberitahu, ketika itu anak sulungnya, Muhammad Aisy Alfarizqi baru berusia lapan bulan.

“Itu kali kedua anak ke pantai, tetapi itulah yang pertama dia mandi laut. Saya dan isteri memang mahu membiasakan anak dengan air supaya dia boleh belajar berenang nanti.

“Sebenarnya anak bukan menangis sebab berada di laut, tetapi merengek nak susu. Biasanya dua sebab anak merengek, sama ada nak susu atau tidur,” katanya ketika dihubungi.

Si cilik bersama ibu saudara di tepi pantai.

Lebih mesra disapa Wan, dia bagaimanapun berkata, anaknya hanya menangis kurang dari lima minit sebelum tertidur.

“Mungkin masa tu angin air laut, cuaca pun tenang. Saya pun sambil-sambil tu ada gerakkan pelampung tu kasi dia macam rasa dibuai… mungkin itu yang dia cepat mengantuk.

“Sepatutnya anak menangis sebab nak minum susu, sudahnya terus tertidur di pelampung selama kira-kira sejam terapung di laut,” ujarnya yang berasal dari Baling, Kedah.

Anak Wan tidur di tepi pantai selepas sejam berada di laut.

Dalam perjumpaan yang turut melibatkan keluarga mentuanya, Wan sama sekali tidak menyangka anaknya begitu selesa tidur di laut.

“Selepas sejam, anak masih tidur. Saya angkat dia dari pelampung dan kemudian bawa dia letakkan dia di tepi pantai bersama ahli keluarga lain.

“Setengah jam kemudian di pantai barulah anak terjaga. Itupun anak tak terus merengek, selepas dibilas dengan air baru kami beri dia susu botol,” tambahnya.

Dua sudut yang berbeza melihatkan anak Wan beradi di laut.

Walaupun ramai memuji kecomelan anaknya tidur di atas pelampung, dia yang berkhidmat sebagai tentera menyedari terdapat segelintir pihak yang mengkritik video berkenaan.

“Ada yang komen kami tak sayangkan anak, biar anak tidur seorang di tengah laut. Mak ayah mana tak sayangkan anak? Binatang pun sayangkan anak. Begitu juga saya dan isteri.

Mak ayah mana tak sayangkan anak? Binatang pun sayangkan anak.

MOHD KHAIRUL AZUAN

“Kami sebenarnya berada dekat dengan anak, hanya sedepa dan sentiasa bersama dan mengawasinya dari dekat. Tak dalam pun, hanya paras lutut saya… dan kalau terjadi apa-apa, saya ada depan tu untuk bertindak pantas,” ujarnya sambil menambah isterinya merupakan suri rumah dan mengusahakan bisnes kek marble secara dalam talian.

Wan yang menetap di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagaimanapun tidak terasa hati dengan segelintir mereka yang sekadar melemparkan tohmahan berdasarkan video yang ditonton.

Wan (kiri) bersama isteri dan anak mereka.

“Mungkin mereka lihat video tu dari sudut berbeza dan nampak bahaya, tapi sebenarnya dekat je dari pantai hanya beberapa meter. Dan saya serta isteri ada sentiasa bersama anak.

“Bagi saya, tak ada masalah sekiranya mak ayah nak bawa anak kecil mandi laut. Tapi kena sentiasa awasi mereka dan jangan biarkan mereka keseorangan,” katanya.

Sumber :mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button