Artis

“Rancang kahwin tahun depan sepatutnya..” Riena Diana dah putus cinta dengan teman lelaki.. Dedah in sebenarnya berlaku..

PELAKON Riena Diana mendedahkan hubungan cinta empat tahun bersama teman lelaki dikenali sebagai Nik Afiq sudah berakhir dengan perpisahan.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 25 tahun itu berkata, dia baru bersedia untuk berkongsi kepada umum selepas hampir seminggu putus cinta.

Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 25, bagaimanapun berkata, meskipun sudah tidak mempunyai ikatan namun mengakui masih menyayangi bekas kekasihnya itu.

Jelasnya, keputusan mengakhiri hubungan mereka diambil bagi mengembalikan keserasian yang sudah lenyap selain memperbaiki diri masing-masing.

“Saya rasa mungkin empat tahun bercinta itu satu tempoh masa yang lama untuk kami. Saya sendiri yang minta putus kerana ingin mencari keserasian.

Riena mahu cari keserasian.

“Sejujurnya saya masih sayang padanya, namun saya akur itu bukan bererti saya harus memilikinya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Dalam pada itu, Riena memberitahu perpisahan itu mungkin ada hikmah di sebaliknya selain tempoh buat mereka menyedari akan nilai kasih sayang yang pernah dibina sepanjang tempoh empat tahun sebelum ini.

Kata Riena, buat masa ini dia ingin memberikan masa buat dirinya sendiri bagi membolehkan dia lebih menghargai sesuatu hubungan cinta.

“Tipulah kalau saya cakap empat tahun kita rasa sayang, kan? Tapi macam saya cakap, sayang tak semestinya memiliki. Kadang-kadang bila kita berjauhan baru kita sedar betapa sayangnya kita kepada si dia.

“Saya rasa biarlah saya berpisah dengan dia untuk sedarkan diri dan menghargai perhubungan yang pernah kami bina selama empat tahun lalu,” ujarnya.

Sejujurnya saya sayang g1la dekat dia, namun saya akur sayang tidak harus memiliki.

RIENA DIANA

PELAKON

Sementara itu, aktres drama Kampung People ini juga mengakui kesilapannya kerana terlalu terbuka berkongsi tentang kisah cinta mereka sebelum ini.

Menjadikan ia sebagai pengajaran, selepas ini dia akan lebih bersederhana dan tidak berkongsi kepada umum jika belum terfikir menamatkan zaman bujang.

“Saya akui sebelum ini saya terlalu banyak mendedahkan tentang teman lelaki dan selepas ini, sekiranya ada hubungan lain, saya akan lebih berhati-hati.

Riena masih sayang pada bekas kekasih.

“saya tak mahu lagi berkongsi, biarlah orang tahu apabila mereka terima kad undangan perkahwinan,” ujarnya.

Terdahulu, Riena memaklumkan bahawa dia kini kembali solo dan meminta orang ramai untuk memahami dan menyokong keputusan dibuat.

Riena juga sebelum ini pernah berkongsi berita bahawa dia akan mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya pada 2023.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button