Artis

Ibu Khai Bahar menlnggal dunla

IBU kepada penyanyi Khai Bahar menlnggal dunia pada malam Selasa.

Berita berkenaan disampaikan oleh pengurusnya iaitu Jai menerusi hantaran di Insta Story miliknya.

Jai memaklumkan ibu penyanyi berkenaan iaitu Rosnah Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir di Kangar, Perlis.

Khai yang sedang bercuti di sebuah pulau bergegas pulang ke kampung.

Sementara itu, Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, yang sedang bercuti sempat memuat naik video di Insta Story menunjukkan dia sedang menaiki sebuah bot dipercayai untuk pulang ke kampung halamannya.

Menerusi video itu, Khai dilihat menangis tanpa mampu berkata apa-apa selain meninggalkan kapsyen ‘mak’ pada video tersebut.

Sebelum ini, Khai pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan Allahyarham yang menderita penyakit buah pinggang dan perlu menjalani dialisis.

Sejak setahun lalu, Khai banyak menghabiskan masa di kampung bagi menjaga ibunya jika tiada sebarang komitmen berkaitan karier seninya.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button