Hiburan

Ramai perasan vokalnya tidak sebagus ketika di GV dulu, sekali Siti Nordiana tampil beri jawapan

Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi Siti Nordiana sering menjadi bualan dan perbincangan warganet apabila prestasi nyanyiannya dikatakan tidak semegah ketika penyertaannya menerusi Gegar Vaganza 2 suatu ketika dahulu.

Sehingga ada yang mendkwa vokal penyanyi yang mesra disapa Nana itu semakin merudum dan gagal menyita peminat menerusi persembahan-persembahan pentas.

Menjawab kritikan yang dilemparkan ke atas dirinya, Nana mengakui ada beberapa persembahannya tidak mencapai standard yang diingini.

“Bagi saya, sebagai seorang penyanyi, ada masa kita tak cukup rehat dan ada juga masa kita tidak sihat. Penyanyi bukan mesin. Tambahan pula, saya sudah beberapa kali dijngkiti CVDI9. Justeru, ada terkesan sikit pernafasan dan suara saya buat masa ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nana menjelaskan, efek CVDI9 yang dialami bukanlah menjadi alasan untuk tidak terus memperbaiki diri sebagai penyanyi.

“Dijangkiti CVDI9 bukanlah alasan kita untuk nyanyi main-main. Saya pun perasan adalah dua tiga persembahan yang saya sifatkan sebagai kurang baik. Jadi, kalau warganet tegur dan betul persembahan saya tak bagus, saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

Menurut Nana, bagi memperbaiki mutu persembahan, dia sentiasa berlatih vokal selain melakukan senaman di rumah.

“Untuk mengatasi masalah pernafasan, saya akan ambil kelas vokal bersama Cikgu Shafi. Dalam masa yang sama, saya juga berlatih di rumah dan melakukan senaman,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terkini, Nana sibuk mempromosikan single terbaharu berjudul Menyantun Kasih. Single berkenaan dicipta oleh Datuk M. Nasir dan lirik oleh Keon.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button