“Lepas cium dahi, dia macam usap perut isteri?” -Peminat Beto Kusyairy
Kemenangan Beto Kusyairy menggenggam trofi Pelakon Lelaki Filem Paling Popular dalam Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH35) sememenang menjadi perhatian ramai.
Tampil menggayakan busana Melayu Teluk belanga, dia dilihat hadir sedondon bersama isteri yang cantik mengenakan abaya berwarna putih.
Pelakon Lelaki Filem Paling Popular
Melihat dari posting yang dibuat TikTok TV3 Malaysia sewaktu pelakon itu diumumkan sebagai pemenang, Beto hanya tersenyum manis sambil mendapatkan isterinya yang duduk dibangku sebelah.
Cium dahi isteri lepas diumum menang
Apa yang menarik perhatian peminat adalah tindakan spontan pelakon filem Mat Kilau itu yang mencium dahi sekali gus seperti mengusap perut isterinya sebelum bangun untuk ke pentas.
Disebabkan itu, ada beberapa pihak mulai membuat spekulasi dengan mengatakan bahawa isteri pelakon terbabit yang dikenali sebagai Tisha Shahar sedang berbadan dua.
Masa red carpet macam perasan sesuatu lah
Perkara tersebut turut diperkatakan sewaktu mereka berdua berjalan di red carpet ABPBH sebelum melangkah masuk ke dalam Istana Budaya.
Sentiasa doakan yang terbaik!
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dibuat dan perkara terbabit hanyalah spekulasi daripada peminat yang sentiasa mendoakan agar pasangan ini mendapat rezeki cahaya mata.
Mereka juga turut berharap agar Beto dan isteri terus bahagia dengan cara mereka sendiri dan maju jaya dalam kerjaya seni.
Untuk rekod, ABPBH35 kali ini telah diadakan di Istana Budaya pada 21 Julai 2023, hari Jumaat. Ia telah disiarkan secara langsung di saluran TV3 bermula jam 9 malam dan berakhir sekitar 11.45 malam.
Trofi Bintang Paling Popular telah dijulang oleh pelakon hebat, Bell Ngasri sekali gus membawa pulang trofi Artis Komedi Popular pada tahun ini.
Sumber: TikTok TV3, betokusyairy8
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda