Hiburan

All Stars Gegar Vaganza: Zamani Tersingkir! – “Kalau Saya Ada Buat Apa-Apa Harap Halal Saja”

PENYANYI Zamani terpaksa berlapang dada apabila diumumkan sebagai peserta keenam tersingkir dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung pada malam Ahad.

Zamani yang mempertaruhkan lagu Kau Pergi Jua nyanyian asal Adam Ahmad hanya mendapat markah sebanyak 56.50 peratus daripada barisan juri profesional.

Zamani menjadi bintang kelima tersingkir daripada pentas All Stars Gegar Vaganza.

Menyanyikan lagu Kau Pergi Jua, isu pernafasan, stamina dan tenaga menjadi punca penyanyi legenda itu tersingkir.

“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih pada juri-juri kita… dan pada semua penyokong, kru Gegar Vaganza, kalau saya ada buat apa-apa harap halal saja. Teruskan sokongan pada Gegar Vaganza,” katanya.

Juri Datuk Syafinaz Selamat berkata, persembahan Zamani kurang bertenaga dan dilihat mengalami kesukaran dalam nyanyiannya.

“Suara awak adalah keistimewaan awak, tak perlu nak tukar lagi. Cuma awak macam ada kesukaran menyanyi malam ini.

Liza Hanim menduduki tangga teratas minggu ini.

“Ini termasuk isu pernafasan, kita nampak awak macam ada masalah stamina. Awak perlukan lebih banyak tenaga,” katanya.

Pada pertandingan minggu keenam ini, Liza Hanim muncul juara dengan markah sebanyak 76.75 diikuti Hardy Mirza (76.50) dan Azharina (75.25).

Dalam pada itu, Hardy Mirza diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian penonton.

Anugerah Gegeran Generasi Juara pula milik Naqiu yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1, 000.

ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse manakala Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.

ASGV boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Sumber: mStar, Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button