Hiburan

“Dia (Fuad) adalah kekaslh lama saya” – foto mesra dan status ‘In A Relationship’, rupa-rupanya clnta kembali terjalin selepas GV9

PENYANYI Tom yang merupakan bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) mendedahkan hubungannya dengan seorang lagi finalis program tersebut iaitu Fuad Rahman kembali bertaut selepas 12 tahun berpisah.

Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, berkata, hubungan cinta di antara mereka baharu sahaja kembali terjalin sejak seminggu lalu dan mendedahkan pertemuan di GV9 adalah perkara yang tidak pernah disangkakan.

“Dia (Fuad) adalah kekasih lama saya. Kami pernah bercinta pada tahun 2005 kemudian putus namun hubungan itu kembali bertaut pada 2010… Itu pun tak bertahan lama.

“Pertemuan di GV9 adalah perkara yang kami tak sangka… ketika GV9 kami hanya berkawan sahaja belum kembali bersama. Kalau ikutkan baru seminggu rasanya kami serius,” katanya kepada mStar.

Fuad dan Tom pernah bercinta sebelum ini.

Bercakap lanjut mengenai perkara itu, Tom berkata, perasaan sayang terhadap penyanyi asal Singapura itu masih mendalam membuatkan dia terbuka hati menerima Fuad selepas empat tahun hidup bersendirian.

Tom turut berharap kehadiran semula Fuad dalam hidupnya dapat memberi semangat kepadanya memulakan kehidupan baharu selepas diduga dengan pelbagai cabaran sebelum ini.

“Kita semua tahu kisah dia pernah keluar masuk penj4ra akibat d4d4h. Dia juga baru sahaja bercer41. Jadi saya tak mahu dia hilang semangat.

“Semoga kehadiran saya dapat memberi sedikit sokongan,” ujarnya.

Tambah Tom, Fuad sebelum ini yang memutuskan hubungan mereka dan kali ini penyanyi itu mahu menebus kembali kesalahan lamanya,” katanya.

Terbaru, akaun Facebook Fuad Rahman memuat naik dua gambar mesra bersama penyanyi wanita tersebut. Tidak cukup dengan itu, Fuad Rahman turut memuat naik status ‘In A Relationship’ bersama Tom di akaun media sosialnya.

Status terkini Fuad Rahman

 

Perkongsian tersebut turut menimbulkan pelbagai spekulasi dan persoalan tentang hubungan di antara mereka kerana ada yang mendakwa penyanyi lelaki itu sudah pun berumah tangga. Tetapi muncul pula desas desus yang mengatakan Fuad Rahman sudah pun berpisah dengan isterinya sebelum ini dan kini membawa haluan hidup masing-masing. Perkara ini juga telah dimaklumkan sendiri penyanyi itu menerusi satu hantaran di Facebook pada hujung bulan lalu.

“My marriage it’s over and aku dengan wife tak ada jodoh dan kita berpisah dengan cara baik. Pls jangan salahkan my wife or aku jodoh kami tak lama sampai sini je…”

Tom sudah membawa anak-anaknya bertemu Fuad.

Sementara itu, ditanya tentang perkahwinan, Tom memberitahu perkara tersebut belum dibincangkan memandangkan hubungan mereka juga masih baharu.

Bagiamanapun kata Tom, dia sudah membawa anak-anak berjumpa dengan Fuad dan bakal bertemu keluarga Fuad di Singapura tidak lama lagi.

“Kami sama-sama single, tak salah untuk bercinta. Soal kahwin itu tunggu sahaja. Just follow the flow,” katanya.

Untuk rekod, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwian tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata.

Sumber: mStar, syor.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button