Ada ahli keluarga Ira Kazar langgar perintah mahkamah, ini yang dilakukan oleh peguam Puteri Sarah
Kuala Lumpur: Pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan salah seorang ahli keluarga daripada pihak defendan iaitu Ira Kazar mengeluarkan kenyataan mengaitkan namanya di media sosial minggu lalu.
Menurut Puteri Sarah, pihak peguam sudah melakukan penelitian berhubung kenyataan terbabit dan mendapati individu berkenaan sudah melanggar perintah injuksi interim.
“Saya nak maklumkan ada ahli keluarga pihak sana yang telah melanggar perintah injuksi. Jadi, hal berkenaan sudah diserahkan kepada peguam saya.
“Sepatutnya pihak sana diperintahkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyebut nama saya di media sosial.
“Pihak peguam dapat kesan ada individu daripada ahli keluarganya yang membuat kenyataan di media sosial dan itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Puteri Sarah ditemui ketika majlis anjuran Body Flasshh di sebuah hotel di sini hari ini.
Sementara itu, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof mendapat tahu mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh peminat yang mengikuti perkembangannya.
Peguam Puteri Sarah sudah menghantar satu notis komital/penghinaan terhadap perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai lalu kepada individu itu.
“Jujurnya saya hanya dapat tahu perkara tersebut apabila diberitahu oleh netizen. Ikutkan saya memang tidak mengambil tahu sebab terlalu sibuk dengan kerja.
“Namun netizen sendiri yang maklumkan kepada saya dan saya terus menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk mendapatkan kepastian adakah melanggar atau tidak.
“Jadi, peguam sudah mengesahkan ia melanggar dan surat daripada pihak peguam saya sudah diserahkan kepada individu tersebut semalam,” ujarnya.
Terdahulu, Puteri Sarah menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan iaitu Ira Kazar pada 28 Jun lalu.
Perintah itu didapatkan dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan (Ira) berhenti meluahkan atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.
Ia untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.
Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber : Harian Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda