Peminat Terkesima Dengar Anak Amelina Nyanyi, Suara Merdu Macam Ibunya Juga. Tak Sangka Berbakat!
Penyanyi dangdut yang cukup popular sekitar 1990-an Amelina ini sememangnya memiliki barisan peminat tersendiri. Kembali menghangatkan industri hiburan tanah air setelah beberapa tahun menyepikan diri, nama Amelina sememangnya dinanti-nantikan peminat lagu-lagu dangdut.
Biarpun begitu, siapa sangka bakat yang ada padanya turut turun pada anak-anak penyanyi dangdut popular ini. Menerusi satu perkongsian di TikTok baru-baru ini dipaparkan anak-anak Amelina hadir di sebuah rancangan bual bicara.
Mereka turut diminta untuk menunjukkan bakat nyanyian dengan menyanyikan sebaris dua lagu milik Amelina yang pernah popular satu ketika dulu. Buka mulut sahaja sudah membuatkan ramai terkesima dengar anak Amelina nyanyi.
Berikut adalah perkongsian rakaman anak-anak penyanyi ini menunjukkan bakat mereka yang membuatkan ramai kagum dengannya:
Wow, tak sangka, anak-anak Amelina juga memiliki bakat cukup mengagumkan! Perkongsian rakaman dengan paparan anak Amelina nyanyi ini telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna Tiktok dengan nama akaun eirasrimakcikkau.
Memang terkejut dengar suara kedua-dua remaja ini. Saling tak tumpah seperti ibunya.
Klik link dibawah:
akaun eirasrimakcikkau.
Perkongsian ini juga telah membuatkan peminat terkesima menyaksikannya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut teruja dan memuji suara anak-anak Amelina ini yang cukup berbakat. Berikut antaranya:
“Yang pakai tudung suara macam Amelina”
“Sejibik doh..Aku pun ikut goyag sekali walaupun sekejap je”
“Sedap weii..Bakat tu dah ada..Tinggal nak asah ja bagi power”
“Yang free hair muka Amalina. Yang pakai tudung suara Amelina”
Sumber: syor.com
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda