Viral

“Orang tak disangka yang sudi bantu” – Kereta r0sak tak ada siapa tolong, pemilik MPV ‘belajar sesuatu’ sebelum ketawa sendiri.

PEPATAH ada menyatakan, ketika dalam kesusahan kita akan dapat mengenali siapa itu kawan dan siapa itu lawan.

Seseorang itu mungkin tidak menarik dipandang penampilannya, tetapi harus diingat suatu hari nanti mungkin mereka yang akan menolong kita dalam kesusahan.

Begitulah situasi dialami seorang lelaki yang keretanya rosak di tengah kesibukan lalu lintas sekali gus mengganggu aliran trafik dipercayai di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.

Dalam video yang dikongsi, lelaki tersebut menceritakan bagaimana dia mengerah keringat menolak kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Ria miliknya secara bersendirian selama 20 minit.

Namun, apa yang membuatkan dia kagum adalah, insan yang sudi menawarkan bantuan untuk mengalihkan kereta ke bahu jalan selepas itu merupakan warga asing dan mereka yang kurang berkemampuan.

“Ini kereta saya r0sak dekat tepi jalan, bila nak tolak kereta ni, satu orang pun tak ada nak tolong, semua hanya lalu je.

“Korang nak tahu tak siapa yang tolong saya? Orang yang naik kereta buruk, orang yang susah, warga asing yang tolong saya,” katanya sambil ketawa sendiri.

Antara perkongsian warganet.

Dalam video itu juga, dapat dilihat pakaiannya basah kuyup akibat bermandi hujan dan peluh.

Menerusi ruangan komen, netizen berkongsi bagaimana mereka yang pernah berdepan kesusahan akan mempunyai empati untuk membantu orang lain yang mengalami nasib sama.

Orang kereta buruk memahami sebab selalu mengalami…

NETIZEN

Selain itu, ada juga yang mengaku pernah berada dalam situasi sama dan akhirnya pemandu lori yang sudi membantu menghentikan pergerakan trafik agar keretanya tidak dilanggar.

“Sebab mereka pernah rasa susah sebab itu mereka tolong… Semoga dapat kereta baru. Amin.

Seorang pemuda belajar sesuatu selepas sendirian menolak keretanya yang rosak – Gambar hiasan

“Orang kereta besar tolong bang, tolong hon… Orang kereta buruk memahami sebab selalu mengalami… pernah abang motor tolak kereta dalam hujan lebat… terima kasih abang motor.

“Saya dulu habis minyak kereta, orang kampung naik motor yang datang tolak kereta,” kata netizen

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button