Hiburan

Nora Ariffin dedah permohonan anaknya masuk Universiti tak berjaya, Nora sokong anaknya jadi penyanyi

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 49, memberi restu kepada anaknya, Putri Dahlia untuk meneruskan kerjaya nyanyian selepas semua permohonannya untuk melanjutkan pengajian di universiti tidak berjaya.

Rezeki sambung belajar tak kesampaian

Menurut Nora, anaknya itu sangat berminat untuk menjadi guru bahasa Inggeris, namun dia reda rezeki untuk menyambung pengajian belum kesampaian.

Sebenarnya dia bercita-cita nak jadi guru bahasa Inggeris memandangkan saya pun selalu baca kita kekurangan guru-guru bahasa Inggeris terutama sekali di luar bandar. Sebagai ibu, memang saya sokong bila dia memilih untuk menjadi pendidik kerana ia kerjaya yang sangat mulia.

Namun, semua permohonan tidak berjaya. UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris), UiTM (Universiti Teknologi Mara), UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), semua tak dapat. Mungkin tak ada rezeki, jangan putus asa. Mungkin kena cuba lagi.

Bakat arwh suami

Tambah Nora, anaknya itu mewarisi bakat suaminya, Allahyarham Johan Nawawi.

Akhirnya Putri Dahlia fokus kepada nyanyian, mencipta lagu, tulis lirik dan terbitkan lagu. Persis Johan Nawawi. Sebagai ibu, saya hanya sokong dan berdoa agar anak yang banyak mewarisi bakat arwh Johan ini berjaya dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Setakat ini, Putri Dahlia aktif menghasilkan lagu Inggeris termasuk Set U Free, mi amor, Butterflies dan Old Love. Nyanyiannya juga mendapat perhatian dan sering tular di TikTok. Paling menarik, lagu Old Love nyanyiannya bersama Yuji mencatat 7.4 juta tontonan selepas dua bulan dimuat naik di YouTube.

Sumber: ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button