Hiburan

“Risaukan Adiknya Nak Bersalin, Rupa-Rupanya Dia Pergi Dulu,” – Uyaina Arshad

Khabar duka dikongsi oleh pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad pada pagi 19 Ogos 2022 mengenai pemergian abang sulungnya ke negeri abadi. Menerusi satu hantaran di Instagram, Uyaina memaklumkan yang abangnya, Mohd Attaful Uzair bin Arshad men1ngg4l dun1a sama usia dengan arwh bapanya.

Menerusi perkongsian tersebut, Uyaina meluahkan kata mengenai abang sulung kesayangannya itu. “Pulangnya abang sulungku ke negeri abadi.. Bertemu Sang Pencipta.Orang baik selalu pergi dulu. Dia tersangat baik. Terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik.

Mohd Attaful Uzair bin Arshad (kanan sekali) ketika majlis perkahwinan adik bongsunya, Uyaina.

“Lepas arwh Baba men1ngg4l, dia jadi ketua keluarga. Dari kecik lagi dia dah set contoh yang baik untuk kami adik-adik. Dia masuk asrama. Kami semua nak masuk asrama. Dia berjaya dalam pelajaran. Kami semua nak berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan Ummi. Kami adik-adik berebut nak berbakti untuk Ummi.

“Dia baik. Dia pemurah. Dia penyayang.Baru je semalam kami berjumpa. Makan sama-sama. Bersembang macam-macam. Gelak sama-sama. Macam-macm juga dia pesan.. Dia risaukan adiknya nak bersalin. Rupa-rupanya dia yang pergi dulu. Rasa tak percaya dia dah tak ada. Terlalu awal dia pergi.. Sama usia dengan arwh Baba sewaktu dia men1ngg4l dunia,” ujarnya.

Lebih menyentuh hati, dalam perkongsian itu juga Uyaina yang kini menghitung hari untuk melahirkan anak sulungnya berkongsi bahawa abangnya men1ngg4l dunia pada hari jadi ibunya sendiri.

Luahnya, “Rasa terlalu perit dan sakit nak diungkap dengan kata-kata. Kehilangan seorang insan yang terlalu baik. Kehilangan darah daging yang terlalu kami sayang.Hari ini, 19 Ogos adalah hari jadi Ummi. Lama dia plan nak sambut birthday Ummi. Akhirnya, hari lahir Ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya. Allahuakbar.

“Abangku Uzair, semoga syurga menantimu. Minta kalian semua hadiahkan Al-Fatihah buat Mohd Attaful Uzair bin Arshad.. Doakan juga kesejahteraan & kekuatan buat isteri & anak2nya.”

 

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button