Hiburan

“Mengata Anak Orang Memang Seronok” – Ditudvh Tak Reti Jaga Anak, Suliza Salam Tampil Balas Komen Sark4stlk Netizen

SUSULAN penularan video memaparkan aksi sumb4ng dikatakan mirip wajah Ismail Izzani, ibu kepada penyanyi berkenaan menjadi mangsa kec4man netizen di media sosial.

Rata-rata menyalahkan ibu Ismail iaitu Datin Suliza Salam, 57, yang didakwa tidak pandai menjaga anak selain memintanya menegur penyanyi berkenaan memandangkan ini bukan kali pertama dia terlibat dalam kontr0versi.

Tidak mampu lagi berdiam diri, Suliza dilihat membalas komen bi4dap netizen yang disifatkan sebagai seronok mengvtuk dan melemparkan fltnah terhadap dirinya dan keluarga.

Suliza memberitahu hanya Allah mampu memberi keampunan dan mengubah perbuatan manusia dan bukannya menerusi kata-kata orang lain.

Suliza tampil membalas komen bi4dap netizen terhadapnya.

“Nak, kamu nanti belum tahu juga, kan? Mengata anak orang memang seronok. Pengakhiran hidup siapa-siapa belum tentu.

“Allah yang Maha Pengampun. Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau sesiapa juga, tetapi Allah. Fahamkan itu ya,” katanya.

Terdahulu, nama Ismail, 22, menjadi sebutan ramai apabila dia dikatakan individu dalam video yang bercluman dengan seorang wanita berpakaian sksi di sebuah kelab malam.

Menerusi video itu, lelaki tersebut dilihat berpelukan sambil menari dan kemudian mencium pipi dan leher seorang wanita.

Allah yang Maha Pengampun. Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau sesiapa juga, tetapi Allah.

DATIN SULIZA SALAM

PENYANYI/IBU ISMAIL IZZANI

Dalam pada itu, Suliza yang juga penyanyi era 1980-an memberitahu dia menghargai segala teguran dan mendoakan netizen agar Allah menjaga alb mereka.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran. Semoga Allah melindungi dan merahmati kamu sekeluarga. Dijauhkan daripada segala alb dan muslbah,” ujarnya.

Sementara itu, netizen masih meluahkan rasa tidak puas hati dan meninggalkan komen sark4stik berhubung kontr0versi melanda Ismail di Instagram Suliza.

Ibu Ismail jadi mangsa kec4man netizen.

“Nak bertanya, Mail dah kena rotan belum? Sudah-sudahlah back up anak, benda sangat jelas,” komen netizen.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Ismail berhubung isu tersebut bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

Ini bukan kali pertama nama penyanyi lagu Luar Biasa mencetuskan kontroversi malah pernah mencetuskan kem4rahan peminat apabila pernah berpelukan dengan seorang rakan artis senior pada 2018.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button