Hiburan

Nad Zainal Ditldurkan Selepas Dimasukkan Ke lCU dan Kini Krltlkal, Ini Permintaan Bekas Suami Nad Zainal

PELAKON Nad Zainal dilaporkan berada dalam keadaan kritlkal setelah paru-parunya dikesan mengalami pend4rahan pada malam Isnin.

Berita duk4 itu dikongsikan sendiri rakan gandingannya dalam drama Cina Buta, Ungku Ismail dan memaklumkan perkembangan terkini aktres tersebut menerusi paparan yang dimuat naik menerusi Insta Story sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua. Nad Zainal sedang krit1kal sekarang dalam lCU.

“Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala. Allahuma Amin,” tulisnya.

Menurutnya, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, mula berasa kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesu.karan untuk bernafas sehari selepas itu.

“Jumaat lepas, dia bangun tidur tiba-tiba rasa nak p1tam dan l0ya tapi tak munt4h. Tapi dia pergi set penggambaran juga, waktu nak solat tu dia kata nak pergi klinik dan doktor cakap hanya asid reflux.

“Jadi, dia hanya makan ubat. Tapi hari mengundi, Sabtu, kami pergi makan, dia mengadu dada rasa ket4t. Susah nak bernafas dan nafas dia berbunyi.

“Keesokkannya (Ahad), dia nak pergi set penggambaran tapi tak larat dan terus pergi hospltal. Doktor bagi ubat dan balik sebab dada dah rasa okay,” kata Ungku seperti dilaporkan Astro Gempak.

Ungku Ismail dan Nad Zainal bergandingan dalam drama terbaharu, Cina Buta, yang bakal ditayangkan di Astro Ria.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu dike.jarkan ke unit kecem4san pada malam Isnin dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi dar4h selepas menjalani imbasan.

“Pada Isnin dia dah tak tahan sangat, malam terus pergi jumpa doktor pakar. Masuk unit kecem4san dan bila buat CT scan, doktor sahkan paru-paru penuh dengan dar4h.

“Terus lakukan prosedur keluarkan semua dar4h. Alhamdulillah, prosedur itu dah selesai tapi dalam keadaan macam ini, paru-paru masih basah, bernafas pun susah.

“Bila tengok pun sedih juga keadaan dia nak bernafas, doktor kata nampak dia struggle untuk bernafas. Jadi, doktor ambil keputusan lakukan prosedur intubasi sekitar pukul 6 petang semalam.

“Sekarang doktor nak pam antibiotik dan ubat untuk pulihkan paru-paru dan badannya. Kita tak nak dia struggle untuk bernafas,” ujar bintang berusia 36 tahun itu.

Terdahulu Nad dilaporkan kini berada di unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Ampang Puteri, akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Be.kas Suami Nad Zainal Turut Memuat Naik Di InstaSt0ry

Sementara itu, bekas suami Nad iaitu Faliq Amirudin turut memohon doa orang ramai agar bekas isterinya itu diberikan kesihatan yang baik dan kembali sihat.

Dalam entri yang ditulis menerusi Insta Story, Faliq menulis,

“Assalamualaikum, buat sesiapa yang mengenali kawan saya, @nad.zainal, dia dimasukkan ke dalam hospital dari malam tadi (Selasa).

“Sekarang dia ditidurkan atas beberapa faktor, mari kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya dia diberikan kesihatan yang baik dan kembali sihat,” tulis Faliq.

Menerusi Insta Stories yang terbaru, Faliq juga berdoa semoga Nad terus kuat demi anak-anak, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun kini berada di bawah jagaannya.

“Awak kuat. Saya tahu. Kuat demi Yem dan Som,” tulisnya ringkas, sebentar tadi.

Untuk rekod,Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.

Sepanjang perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1.

Sumber : Astro Gempak, MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button