Hiburan

“Dah lama sy simpan apa sy rasa..”- Bengang dgn perangai Enot, Didie Alias Beri Amaran keras..

PELAKON Didie Alias tidak berniat membuka aib atau memburukkan sahabatnya iaitu Enot menerusi temu bual program Melodi yang disiarkan pada Ahad.

Didie atau Fadzilah Mohd @ Ali, 51, sebaliknya menjelaskan apa diperkatakan sekadar luahan hati selepas Enot membuat keputusan memulakan kehidupan baharu dan tidak lagi menetap di Kuala Lumpur sejak November tahun lalu.

“Sebagai seorang kawan saya hanya luahkan apa tersimpan dalam hati sebab dia pergi tanpa cakap apa-apa. Kalau tonton temu bual itu pun saya tidak memburukkan atau menyebut namanya.

“Itu pilihan dia sekarang. Saya hanya mampu berdoa dari jauh,” ujarnya.

Tidak hanya itu, Didie berkata, dia juga kesal apabila timbul dakwaan mengatakan Enot kini menjalinkan hubungan songsang dengan seorang wanita.

Malah kata Didie, dia berang apabila Enot dilihat terbuka mempamerkan kemesraan bersama ‘kekasihnya’ itu di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai tohmahan terhadapnya.

“Kalau dia pilih lelaki saya tak kisah malah saya boleh taja majlis persandingan kalau dia mahu berkahwin… Tetapi dia ada pilihan sendiri.

“Saya cuma katakan kepada individu itu, jagalah Enot dengan baik. Saya dah tak mahu dengar cerita dia minta bantuan kewangan sedangkan sebelum ini sudah cakap nak mulakan kehidupan baru,” ujarnya.

Sumber: f-uh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button