“My bοngsu 10 bulan…” – Wawa Zainal Kοngsi Foto Bersama Anak Keempat, Sekali Ini Yang Ramai Perasan
Sedar tak sedar sudah 10 bulan usia anak keempat pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafril iaitu Muhammad Fahri.
Meskipun Wawa mahupun Aeril jarang berkongsi berkenaan anak – anak mereka, namun setiap perkongsian pasti menjadi tumpuan para peminat.
Sebelum ini, Wawa dan Aeril membuat keputusan untuk menuk4r nama anak keempat mereka berikut mengalami mas4lah dan sering men4ngis.
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya menukar nama bayi mereka iaitu Jibril Ibtisam kepada Muhammad Fahri selepas didapati kerap menangis dan asyik meragam.
Wawa berkata sebelum ini Fahri memang sering menangis dan meragam menyebabkan dia dan Aeril berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena terhadapnya.
“Bagi nama anak pertama dan kedua, Aeril yang pilih tapi kedua-duanya asyik kerap menangis. Anak ketiga pula, saya yang namakan tapi okey pula.
“Kemudian anak keempat ini, Aeril yang namakan lagi, tapi meragam saja. Bayi asyik menangis sampai dua jam dan orang panggil bayi kolik,” katanya.
Menurut Wawa, dia mengakui Aeril merajuk hampir sehari apabila dia memerli suaminya yang dikatakan ‘salah pilih nama anak’.
“Aeril merajuk dan tak nak cakap dengan saya hampir sehari apabila saya kata kenapa setiap kali dia bagi nama anak, mesti jadi begini.
“Tak lama selepas itu, saya dapat notifikasi daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri dah selamat diakikahkan.
“Kiranya dua kali kami buat akikah untuk anak keempat ini. Aeril betul-betul ambil serius dan dia terus tukar nama,” katanya.
Terbaru, perkongsian Wawa berkenaan Fahri menarik perhatian ramai dengan wajah terkini anak lelaki keduanya itu.
Memiliki raut wajah persis ibunya dengan dagu terbel4h, ramai memuji kecomelan wajah Fahri yang seiras wajah Wawa.
Selain itu, pertanyaan daripada Wawa juga menjadi tumpuan ramai dengan perkembangan anak lelakinya itu.
“My bongsu dah 10 bulan, gigi baru 2 kat bawah. Kakak abang dia 10 bulan dah penuh. Anak uall macam ni tak?
Menjengah keruangan komen, rata – rata warganet turut memberi pendapat mengenai perkara tersebut, selain memuji kecomelan wajah Fahri.
Sy dah 11 bulan,sebatang gigi pon tak nampak bayang lg .. mybe ikut jejak kakanya setahun baru ade gigi + berjalan.
Haha sama anak kita .. yg second ni lamb4t tumbuh gg 11bulan baru 2batang.. sejak ada gigi dok gig1t org
Comee nye…dah 10 bulan ke?..nampak cerdik sangat….ye ke yg bongsu ni??
Terdahulu, Wawa selamat melahirkan anak keempat seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 sudah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun.
Sumber : https://beritaawani.com/
Sumber: Harian Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.