Hiburan

“Tujuh Tahun Bapa Terlantar Akibat Angin Ahmar” Pelak0n Fimie Don Belum Puas Tabur Bakti , Berazam Mahu Beli Rumah Untuk Orang Tua

Memulakan karier seawal usia lapan tahun, pelak0n Fimie Don belum puas menabur bakti kepada kedua ibu bapa selain membuatkan mereka berasa bangga.

Fimie atau Shafimie Saedon, 25, berkata, ini kerana fakt0r kewangan yang belum stabil membuatkan dia masih tidak mampu merialisasikan impiam membeli sebuah kediaman mereka.

Janji Fimie, dia akan terus berusaha dalam memastikan impian itu dapat dicapai walaupun mengambil tempoh lama.

“Saya rasa ayah dan mak sudah berasa bangga dengan saya tapi saya sebaliknya sebab belum berpeluang sediakan tempat selesa untuk mereka.

“Ketika ini kewangan saya masih lagi belum stabil. Keinginan masih ada untuk belikan sebuah rumah yang selesa untuk mereka. Bila nak tercapai itu belum tahu,” katanya.

Fimie berkongsi mengenai perkara itu ketika sidang media Home of Kids di Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Fimie turut berkongsi keadaan semasa bapanya yang terlantar sakit akibat serangan strok sejak tujuh tahun lalu.

Fimie memberitahu kesihatan bapanya stabil dan masih dapat berkomunikasi dengan baik meskipun dalam keadaan terlantar.

“Ayah saya sekarang berada dalam keadaan baik. Dia masih terlantar sejak tujuh tahun lalu.

“Kami banyak bersembang walaupun dia terbaring tapi boleh berbual seperti biasa. Itu sudah memadai buat saya,” ujarnya.

Fimie turut mengagumi ibunya iaitu Zubaidah Hashim yang disifatkan sebagai se0rang wanita tabah kerana sentiasa berada di sisi bapanya.

“Saya sangat gembira ada mak seperti itu, dia merupakan wanita yang paling kuat saya pernah jumpa. Tiada siapa boleh menggantikan tempatnya,” katanya.

Sumber:Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button