Hiburan

“Mulai Hari Ini Saya Tak Akan Bagi Update…” – Ungku Ismail Kecewa Niat Baik Kongsi Keadaan Nad Zainal Disalah Erti

Pelakon Ungku Ismail meluahkan rasa kecewa dan kesal apabila wujud pihak yang mendakwa dirinya mengambil kesempatan ke atas nasib yang sedang menimpa teman rapatnya, Nad Zainal yang ketika ini sedang di tidurkan di unit rawatan rapi (lCU).

Jelas Ungku, dirinya hanya ingin menyampaikan dan berkongsi keadaan semasa mengenai tahap kesihatan Nad tanpa wujud rasa untuk menumpang populariti aktres berkenaan.

“Kecewa. Bila saya sentiasa ikhlas menyampaikan update tentang keadaan Nad Zainal, ada pihak yang cuba rephrase (mengubah) cakap saya seolah saya ni bat4k dan gelojoh tentang perhubungan dan kerja.

“Seolahnya saya ini mengambil kesempatan daripada keadaan ini, untuk promosi diri dan kerja saya sehingga ada kenyataan menyentak perasaan, menukil persoalan tentang akal dan kematangan saya,” ujarnya.

Ungku berkongsi rasa kekesalan itu menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Stories miliknya malam tadi.

Melihat kepada keadaan Nad yang masih belum sedar, aktor berusia 36 tahun menjelaskan sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk bercerita mengenai hubungan dan kerjaya. Malah yang penting baginya adalah kesembuhan segera buat ibu kepada dua cahaya mata itu.

“Ini pasti bukan masanya untuk menjaja apa apa cerita tentang hubungan dan kerjaya. Ini waktu untuk memberitahu update tentang kesihatan Nad. Dan saya yakin, ini yang orang nak tahu, bukannya benda merepek dan sensitif tanpa menghormati keperibadian masing masing.

“Ini sudah bukan apa saya mahu daripada press untuk sebarkan berita tentang keadaan Nad. Nyawa dan kesihatan dia yang utama, keduanya emosi dan perasaan ahli keluarga, kawan-kawan dan beberapa pihak lain,” tambahnya.

Dalam pada itu, akibat terasa dengan tindakan kurang bijak sesetengah pihak, Ungku menjelaskan bahawa dirinya tidak akan lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Nad.

“Saya mulai hari ini tidak akan memberi apa-apa statement update lagi tentang keadaan Nad Zainal dan apa sahaja, sila rujuk pada sumber yang lain. Terima kasih,” katanya lagi.

Terdahulu, Nad, 32, dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas mengalami masalah kesihatan yang dipercayai akibat simptom Long C0v1d.

Difahamkan, Nad pernah dijangkiti C0v1d pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala tervk.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button