Hiburan

“Mula-mula memang terkejvt” – Jihan Muse buat ‘comeback’, kongsi pentas dengan Sherry Alhadad sebagai hos AJL37

SELEPAS setahun berehat daripada sebarang aktiviti seni, pengacara Jihan Muse bakal kembali ke pentas sebagai hos acara berprestrij Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang bakal berlangsung pada 12 Februari ini.

Tidak berseorangan mengendalikan acara berprestij itu, Jihan atau Nur Jihan Musa, 40, bakal bergandingan dengan rakan pengacara Sherry Alhadad.

Jihan memberitahu dia teruja menerima tawaran tersebut memandangkan ia bakal menjadi kemunculan pertamanya selepas melahirkan anak kedua pada September tahun lalu.

“Mula-mula saya terkejut dapat tawaran hos AJL37 sebab memang tak pernah buat. Okaylah kita pun baru nak mula kerja, kira ala-ala comeback lah.

Sherry dan Jihan teruja dapat digandingan di pentas AJL37.

“Lepas tu untuk AJL pula. Bila dapat tahu bergandingan dengan Sherry, lagilah saya teruja kerana kami tidak pernah digandingkan berdua di atas pentas besar,” katanya kepada mStar.

Jihan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media AJL37 yang diadakan di PJ Pac, 1 Utama, Damansara pada Rabu.

Sementara itu, Sherry berkongsi dia tidak menyangka bakal beraksi dengan sahabat baiknya yang dikenali sejak zaman berlakon teater suatu ketika dahulu.

Tambah Sherry lagi, mereka sememangnya mengimpikan untuk beraksi di atas pentas dan akhirnya pentas AJL37 bakal mempertemukan dua hos berbakat ini.

Mula-mula saya terkejut dapat tawaran hos AJL37 sebab memang tak pernah buat. Okaylah kita pun baru nak mula kerja, kira ala-ala comeback lah.

JIHAN MUSE

PENGACARA

“Sebelum ini saya selalu digandingkan dengan hos lelaki, tapi tahun ini yang berbezanya kami dua orang sahabat teater, yang dulu busuk masam di atas pentas teater akhirnya kita dapat bergandingan.

“Sebab selama ini kami juga tertanya-tanya bilakah dapat peluang untuk jadi hos bersama, Alhamdulillah kali ini kami akan berkerjasama dan dapat naik ke pentas AJL37,” ujarnya.

AJL37 bakal diadakan di Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.

AJL37 bakal menemui peminat Februari ini.

Peminat yang ingin menyaksikan acara itu secara langsung boleh membeli tiket masuk bermula 23 Januari ini dengan harga serendah RM50 sehingga RM300.

Seramai 12 finalis bakal berentap untuk merebut gelaran AJL37 termasuk Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek).

Turut bertanding Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi, Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button