Michelle Yeoh dah jadi ibu, teruja kongsi gambar kaki bayi… Netizen pula sempat mengusik – “Bila mengandung, mungkin itu cucu?”
PERKONGSIAN terbaharu pelakon Tan Sri Michelle Yeoh di laman Instagram menjadi tumpuan netizen apabila dia memuat naik foto memegang kaki bayi.
Menerusi hantaran itu juga, Michelle, 61, berkata tahun 2024 adalah permulaan yang mengembirakan dengan kehadiran bayi tersebut.
“Sedikit keajaiban pada hari pertama 2024. Kami sangat diberkati.
Michelle dan Todt berkahwin pada Julai 2023.
“Tidak dapat memberitahu anda betapa gembiranya saya untuk kegembiraan yang sangat istimewa ini,” kongsinya dalam satu hantaran pada Selasa.
Pelakon itu bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai bayi yang tidak diketahui jantina itu.
Gara-gara perkongsian itu, ramai netizen mula membuat spekulasi dan berteka teki mengenai status bayi berkenaan sama ada anaknya mahupun anak angkat.
Malah ada juga yang menganggap bayi tersebut merupakan cucunya.
“Lahirkan anak pada usia 61 tahun? Mungkin itu cucu dia.
“Dia ada duit boleh dapatkan anak melalui ibu tumpang, apa-apa pun tahniah.
Michelle anggap tahun 2024 sebagai satu permulaan yang seronok.
“Bila dia mengandung, foto sambut tahun baru tak nampak perut,” antara komen netizen.
Untuk rekod, Michelle dan Jean Todt mendirikan rumah tangga selepas hampir dua dekad menjalinkan hubungan cinta.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2004 dan disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Geneva, Switzerland.
Michelle sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan berasal dari Hong Kong.
Namun mereka berpisah disebabkan Michelle tidak mampu memberikan zuriat.
Sumber:mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.