Artis

“Berani betul dia…”- Netizen tegur imej, Hawa Rizwana tampil mohon maaf. Ini kata-kata beliau

Pasti ramai mengenali pengacara sedang meningkat naik, Hawa Rizwana yang mempunyai pakej lengkap sebagai personaliti TV.

Mana taknya, selain mempunyai rupa paras yang cantik, Hawa juga mempunyai bakatnya tersendiri. Tak cukup dengan itu, Hawa berjaya menamatkan pengajian master dengan keputusan cemerlang tau.

Namun, baru-baru ini Hawa menerima teguran daripada netizen yang mendakwa pakaiannya terlalu ketat untuk wanita berhijab.

Di ruangan perkongsian gambar yang dibuat Hawa di Instagram, peminat meluahkan rasa kesal melihat Hawa semakin berani tampil seksi selepas popular.

Ada juga peminat meluahkan rasa rindu dengan imej sopannya ketika mula-mula muncul di televisyen sebagai pembaca berita beberapa tahun lalu.

Kena kec4m sebab pakai seluar ketat, Hawa Rizwana mohon maaf

MENYEDARI penampilannya yang berseluar ketat ketika mengacarakan sebuah majlis tidak di senang ramai, personaliti televisyen Hawa Rizwana tampil membuat permohonan maaf.

Ujar Hawa, dia sedar apabila pemilihan pakaiannya itu tidak disenangi ramai sekaligus menerima banyak kecaman daripada netizen.

Pada masa sama, Hawa menerima semua teguran dengan hati terbuka dan berjanji akan lebih berhati-hati soal pilihan pakaian seiring dengan imejnya yang berhijab.

“Saya mohon maaf dan akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian selepas ini.

Saya tiada niat nak buat orang marah atau sakitkan hati sesiapa dan menerima setiap komen dengan positif.

“Foto yang dikongsikan itu adalah ketika saya mengendalikan sebuah acara yang bertemakan rock.

“Jadi saya mengupah penata gaya untuk sediakan busana yang bersesuaian dengan tema acara itu,” katanya kepada URTV.

Hawa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran RR Cruise di Four Seasons Place, hari ini.

Dalam pada itu, Hawa atau Hawa Rizwana Ahmad Redzuan,27, berkata, sebelum memuat naik sebarang gambar di media sosial, dia akan bertanyakan kepada rakannya terlebih dahulu.

“Sebelum saya kongsikan gambar atau video di media sosial, saya selalu minta pandangan daripada rakan terdekat dan ahli keluarga.

“Jika perkongsian itu tidak bersesuaian, saya akan padam. Bagi saya, komen daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sangat penting.

“Jadi dalam situasi ini saya sedar mungkin fesyen yang digayakan kurang senang di mata sesetengah pihak. Saya sekali lagi mohon maaf,” ujarnya.

Terdahulu, Hawa yang mengenakan seluar kulit berwarna hitam ketat dan dipadankan dengan baju-T gelap beserta jaket menuai kecaman daripada netizen di media sosial yang tidak sesuai dengan imej seorang wanita  muslimah

Sumber:hawa Rizwana

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button