Viral

“mereka terlepas, saya sorang pula yang kena ”-Lama Mendiam, Menyedihkan Ini Tugas Terkini Akak kedai Air Buah, Buat Dia Rasa Tak Adil

Beberapa bulan lalu, tular di media sosial beberapa video seorang pelayan kedai minuman di Setiu, Terengganu dipeluk oleh beberapa lelaki yang juga pelanggan di kedainya.

Video lama wanita itu yang terlihat agak kurang sopan juga turut dibongkar netizen sehingga kedai air buah tersebut diserbu pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Kini bekerja di bahagian dapur

Susulan daripada itu, wanita yang dikenali sebagai Darlene, 31 telah disiasat oleh pihak berkuasa dan kini bertugas di kedai makan tersebut di bahagian dapur sahaja.

Bimbang ada yang curi2 video lagi

Menurut Utusan Malaysia, wanita berkenaan tidak lagi menjadi pelayan di kedai minuman terbabit susulan isunya viral sebagai satu langkah berhati-hati supaya hal sama tidak berulang lagi.

“Sekarang, saya lebih banyak berada di dapur dan kaunter kerana bimbang ada pihak mengambil kesempatan dan curi-curi mengambil gambar dan video,”

“Tetapi saya rasa tidak adil kerana tindakan juga wajar diambil terhadap lelaki-lelaki yang terlibat dalam video tular itu dan bukan saya seorang,” katanya.

Lelaki2 terlepas, dia pula yang kena sorang

Tambahnya lagi, dia berasa terkilan dan tidak adil memandangkan hanya dia sahaja yang disalahkan sedangkan ‘lelaki-lelaki’ tersebut yang merakam serta menyebarkan video tersebut di kedai tempat dia bekerja.

“Sejak isu tular terbabit, ramai yang datang ke kedai ini semata-mata mahu menghamburkan cacian serta makian kepada saya. Namun tidak kurang juga yang memberi sokongan moral,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, kedai minuman tersebut masih lagi beroperasi seperti biasa selepas video membabitkan dirinya tular.

Darlene memaklumkan yang pendakwaan kes membabitkan kejadian itu dijangka dilakukan di Mahkamah Syariah, Kuala Terengganu pada September depan.

Menurutnya, dia berhasrat mendapatkan khidmat peguam bagi menguruskan kes tersebut.

Terdahulu, video Darlene dipegang serta dipeluk oleh pelanggan-pelanggan lelaki telah menjadi bualan netizen dan menerima kecaman ramai memandangkan dia pernah beberapa kali tular di aplikasi TikTok.

Dia yang bekerja di sebuah kedai minuman kerap memrpomosikan air buah di kedainya dengan berpakaian agak menjolok mata sehingga lelaki-lelaki mata keranjang ‘tertarik’ untuk singgah ke kedai tersebut.

‘Akak Kedai Buah’ Rupanya Dah Pernah Kena ‘Warning’ Dengan JHEAT Berkali-Kali

Pelayan wanita sebuah kedai di Setiu yang tular baru-baru ini gara-gara rakaman dipeluk ramai lelaki untuk bergambar, telah ditahan Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Terengganu (JHEAT).

Menurut Utusan, wanita berusia 32 tahun itu bagaimanapun telah dibebaskan semula dengan bon jaminan selepas keterangannya diambil.

Bagaimanapun, JHEAT tetap akan memanggil beberapa orang saksi lagi untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan yang dilakukan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin berkata, kertas siasatan yang dibuka itu akan dirujuk kepada Bahagian Pendakwaan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu untuk tindakan seterusnya.

Namun ternyata wanita dikenali sebagai Darlene itu tidak mengambil iktibar meskipun pernah ditegur dan diberi peringatan sebelum ini.


Difahamkan, dia pernah dipanggil JHEAT beberapa kali berhubung dakwaan perlakuan kurang sopan ketika melayan pelanggan di restorannya, sebelum ini.

Kita telah beri peringatan dan nasihat selain memantau sebelum ini namun ia (perlakuan tidak senonoh) masih lagi berlaku.”
M. Rozi berkata pihaknya berharap perkara yang berlaku ini menjadi peringatan kepada orang ramai (di Terengganu) agar menjaga tatasusila yang selari dengan ajaran agama.

Sekadar info, Darlene dikatakan terpaksa bercuti daripada bekerja serta menyahaktif akaun TikToknya.

Sumber: Utusan Malaysia (Zaid Mohd Noor & Tengku Danish Bahri Tengku Yusoff)

Kredit: kisahnyata

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button