“Mereka Tahu Saya Tak Mampu Hire Lawyer Untuk Pertahan Diri” – Intan Liana Jawab Tuduhan Isu Saman Izreen Azminda Dan Ude Wahid
Personaliti media sosial dan bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid, Intan Liana Saleh hari ini ada membuat kenyataan panjang lebar mengenai isu saman yang dikemukakan oleh bekas suaminya dan isteri, pelakon Izreen Azminda.
Tulis Intan, dia terpanggil untuk menjawab beberapa dakwaan yang berlegar di media sosial terutama berhubung isu peguam yang mewakilinya dalam kes tersebut.
Ujarnya lagi, dia disaman oleh pihak ‘sana’ kerana beberapa posting Instagram yang didakwanya hanya sekadar luahan sebagai ibu tunggal pada ketika itu.
Sesekali Intan menulis di sosial media tanpa sebut dan bermaksudkan mereka pun Intan disaman, kerana mereka tahu Intan tiada kemampuan melawan. Tak ada duit berpuluh ribu nak hire lawyer untuk mempertahankan diri.
Hari ini kita sedar duit boleh buat apa saja. Membuli yang lemah dengan undang-undang. Intan hanya manusia biasa, kadangkala nak tulis pasal isu semasa seperti kes yang berkaitan pun Intan takut. Takut dikatakan tak move on, hati busuk sbb dengki dengan kebahagian mereka, tak redha.
Tambah Intan, dia sangat terhutang budi dengan peguamnya yang membantu sejak awal kes dan seterusnya saman mahkamah dengan bayaran ‘seikhlas hati’.
Sejujurnya sehingga hari ini Intan tak mampu membayar, dalam hati rasa mahu lari kerana rasa masalah intan ini menyusahkan ramai orang, tetapi saya tiada pilihan.
Saya memang akan cuba cari pendapatan dan bayar segala kos peguam yang sangat ikhlas hati membantu saya ketika saya berada ditahap paling bawah
Sekiranya kali ini saya bangkit melawan dengan serangan saman mahkamah mereka, selepas bertahun senyap, Saya rasa perjuangan saya bukan hanya untuk diri sendiri, tapi untuk semua wanita lain yang teraniaya.
Saya perlukan semangat dan sokongan semua, kata-kata yang baik dan doa yang baik untuk saya hadap saman merek
Sumber :Beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.