Hiburan

“Mempunyai cita-cita dan impian yang tinggi ” – Awie dedah hasrat Bob Lokman yang tak kesampaian

Kuala Lumpur: Pernah berkhidmat membantu merangka perjalanan kumpulan Wings sekitar tahun 1980-an, penyanyi rock legenda Datuk Awie menyifatkan Allahyarham Bob Lokman sebagai seorang yang bercita-cita tinggi.

Bermula sebagai penjual buah tembikai, Bob Lokman mula mengikuti kumpulan Wings secara suka-suka pada satu ketika dahulu.

Jelas Awie, kebijaksanaan arwh bertutur dan berkomunikasi antara faktor yang menjadikan beliau sebagai pengurus Wings ketika itu.

 

“Bob adalah pemidato terbaik di sekolahnya jadi itu antara kelebihan dan kebolehan yang menjadikannya sebagai pengurus Wings ketika tahun 1980-an.

“Sebenarnya, Bob merupakan peniaga buah tembikai, namun beliau sering mengikut Wings membuat persembahan di beberapa tempat dan akhirnya mengatur perjalanan kerjaya kami.

“Mengenali beliau memang mempunyai cita-cita dan impian yang tinggi untuk berkhidmat kepada masyarakat. Pernah satu ketika, kami bersama-sama menjadi penceramah bebas di Baling, Kedah.

“Bob ingin menjadi wakil rakyat untuk orang ramai. Antara hasratnya adalah untuk bertanding,” kata Awie kepada Harian Metro.

Mengimbas kembali personaliti dan karakter Bob, Awie menyifatkan arwah sebagai individu yang periang. Malah, jenaka bersahajanya sering membuatkan rakan-rakan tidak kering gusi dengan kehadirannya.

“Ketika awal perkenalan dulu, kami tidak tahu beliau mempunyai kebolehan dalam bidang penulisan. Cuma karakternya yang periang membuatkan kami dekat dan mudah mesra.

“Apatah lagi, dengan wajah bersahaja namun membuatkan kita ketawa tidak kering gusi. Itu adalah momen yang diingati satu ketika dahulu ketika beliau bersama-sama Wings,” katanya.

Penulis lirik terkemuka tanah air yang juga pelakon terkenal, Bob Lokman, 58, men1ngg4l dun1a hari ini.

Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman men1ngg4l dun1a di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan.

Terdahulu, penulis lirik itu dilaporkan bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

Bob mencipta nama sebagai penulis lirik untuk lagu seperti Intanku Kesepian, Taman Rashidah Utama nyanyian kumpulan Wings pada 1987 dan 1988, diikuti Segalanya Ku Terima nyanyian Illusi 1989, Memburu Rindu (Hattan, 1991), Kerana Cinta (Exists, 1991), Rendang Tak Berbuah (Hattan, 1996).

Bob turut aktif berlakon drama televisyen antaranya Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Tentang Bulan The Series, 2+1.com.my sebagai pelakon undangan serta pengacara program Teksi Tunai.

Manakala penampilan pertama di layar lebar adalah menerusi filem Yes Tuan! sekitar 1996 selain Iskandar, Jin Notti, Santau, Zoo, Mantra serta Sekali Lagi antara tahun 2003 hingga 2011.

Beliau meninggalkan seorang balu Relawati Daud serta tujuh anak. Seorang anak lelaki pasangan itu men1ngg4l dun1a akibat ketumbuhan otak pada 2018.

Sumber: HMetro

Kredit: info.rentasasia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button