Hiburan

Perniagaan hanya bertahan dua bulan, isteri Hafidz Roshdi umum tutup bisnes biskut… Netizen kata harga terlalu ‘kayangan’

SELEPAS dua bulan melancarkan perniagaan biskut diberi nama Shelup Shelup, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mengumumkan untuk tidak lagi meneruskan bisnes berkenaan.

Menurut Shuhada, 29, dia berdepan pelbagai ujian sepanjang menjalankan perniagaan berkenaan, justeru itu memutuskan untuk mencari produk lebih sesuai untuk orang ramai.

“Bila mula operasi Shelup, Shelup, saya berhadapan dengan macam-macam ujian dan dugaan.

Shuhada berdepan dugaan dalam berniaga.

“Walaupun ia normal dalam dunia perniagaan, tapi saya perlu memudahkan perniagaan saya untuk bergerak lebih jauh lagi.

“Saya nak tutup terus order dan fokus untuk penyelidikan (R&D) produk saya yang seterusnya,” katanya.

Shuhada berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang di muat naik di Instagram miliknya.

Dalam perkongsian sama, Shuhada turut meminta pendapat pengikutnya sama ada dia perlu berputus asa atau meneruskan dengan perniagaan baharu.

“Patut ke saya putus asa atau teruskan dengan benda baharu? Semua tahu saya lancarkan Shelup Shelup sebelum puasa hari itu.

“Saya mulakan perniagaan ini untuk hidupkan impian ingin berdikari dan jadi orang hebat macam anda semua.

“Dalam masa yang sama, saya nak semua rasa keunikan idea makanan saya,” ujarnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan Shuhada untuk menjual produk dengan harga mampu milik.

“Maaf Shu. Ini pendapat saya. Lepas ini Shu kena jual harga mampu milik. Kalau ikutkan ramai tidak mampu dengan harga itu.

“Pendapat saya, produk awak agak mahal. Cuba target untuk golongan B40 dan M40 atau mungkin para pelajar. Kena buat kajian ikut permintaan rakyat Malaysia,” komen netizen.

Shuhada minta pendapat ramai sama ada untuk meneruskan perniagaan lain.

Sebelum ini, produk Shelup Shelup mendapat kritikan apabila ada segelintir pihak mendakwa ia dijual dengan harga tidak masuk akal.

Ia susulan biskut dengan enam seleksi berlainan perisa bersama sos cicah itu dijual dengan harga RM179 dan ramai menganggap ia terlalu mahal dan tidak mampu untuk membelinya.

Menjawab mengenai perkara itu, Shuhada berkata ia dijual dengan harga agak tinggi bahan-bahan premium digunakan untuk membuat biskut berkenaan.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button