Viral

‘Bersemut’ wad! Tiada zuriat, pakcik ini sentiasa sweet setiap kali lawat isteri sakit… Bahagia sejak awal kahwin, makan bersuap cakap pun lembut

HIDUP bahagia bersama pasangan sehingga ke akhir hayat merupakan impian mereka yang bergelar suami isteri.

Seperti video tular ini, seorang suami dilihat setia menemani isterinya yang dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan.

Dia bukan sahaja sentiasa hadir di setiap sesi waktu melawat, bahkan sanggup menunggu awal sebelum dibenarkan masuk.

Kisah berkaitan pakcik ini dikongsikan seorang pelayar TikTok.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga sentiasa ceria dan gemar menghadiahkan senyuman kepada staf di hospital terutama sekali jururawat serta sering bertegur sapa.

Menerusi perkongsian pelayar TikTok Lynzz, dia memaklumkan bahawa pasangan pakcik dan makcik tersebut tidak mempunyai anak.

“Setiap masa pakcik ni ada menemani isterinya. Mereka tiada anak.

“Setiap kali habis waktu melawat mesti pakcik akan salam dan cium isteri dia sambil berkata ‘nanti abang datang lagi sayang’.

“Mereka berdua sangat sweet… sayang hingga akhir waktu,” tulisnya di kapsyen.

Rakaman video yang tular itu turut mendapat mendapat perhatian ahli keluarga makcik berkenaan.

Pakcik dan makcik ni dah buktikan… tak ada anak pun boleh bahagia sampai tua.

WARGA MAYA

Malah mereka mengakui pasangan bahagia itu memang mesra sejak awal perkahwinan sehingga usia tua.

Bukan itu sahaja, mereka berdua juga sering makan bersuap selain bertutur lembut.

“Pak Lang dan Alang memang sweet dari mula-mula kahwin dulu sampai sekarang.

Antara reaksi warga maya pada video tersebut.

“Makan bersuap-suap, cakap pun lembut-lembut saja… semoga Alang diberikan kesihatan yang baik,” tulisnya di ruangan komen.

Dalam pada itu, kebanyakan warga maya meluahkan rasa terharu apabila melihat video berkenaan.

Tidak kurang juga yang menjadikan pakcik dan makcik ini sebagai contoh pasangan bahagia yang tidak menjadikan anak sebagai alasan untuk berpoligami selain turut berharap akan mempunyai pasangan yang setia sehingga akhir hayat.

“Pakcik dan makcik ni dah buktikan… tak ada anak pun boleh bahagia sampai tua. Jadi pada saya yang belum ada zuriat, sabar ya!

“Agaknya macam ni saya dengan suami nanti… insyaAllah, 12 tahun menunggu zuriat tapi belum masanya.

“Ada anak pun belum tentu boleh jaga kita. Cinta sejati, semoga Allah berikan pakcik dan makcik umur yang panjang dan kesihatan yang baik,” kata beberapa warga maya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button