Viral

Mat Saleh Datang Kenduri Orang Tanpa Diundang, Mengadu Tak Selesa

Di Malaysia, seakan menjadi satu trend apabila ada Youtuber dari negara luar yang melancong ke sini akan diberikan perhatian. Apatah lagi apabila ada segelintir yang memuji sikit negara kita, orang di sini menyambut baik dan memberikan layanan istimewa kepada mereka.

Walau bagaimanapun, lain pula yang berlaku apabila salah seorang Youtuber yang pernah datang ke Malaysia ini kunjungi Vietnam.

Menerusi satu video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, dipaparkan lelaki mat saleh ini datang kenduri orang tanpa diundang.

Menerusi rakaman tersebut gadis berkenaan memberi reaksi yang mana dia tidak bersetuju dengan tindakan pengembara berbangsa asing itu. Manakan tidak penganjur majlis perkahwinan itu tidak menjemput ke acara berkenaan, namun dia tetap masuk tanpa segan silu.

Berikut adalah rakaman yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok berkenaan mengenai perihal tersebut:

Video:

@queerlamp

#duet with @alwingc

Honobono suspicious comedy comical fagott – poco poco music

Apa yang membuatkan perangai pengembara Youtuber ini menjadi kritikan adalah sudahlah tidak dijemput ke acara berkenaan, boleh pula dia kata tidak selesa apabila tidak dilayan.

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut tidak bersetuju dengan perbuatan mat saleh datang kenduri orang tanpa jemputan dan mengkritik apa yang berlaku tersebut. Berikut antara yang diluahkan ramai:

“Malaysia je yang senang dipergulakan dengan mudah termakan dengan bangsa2 saleh ni”

“Tak selesa ya. Mana adab? Mereka tak kenal awak, tak jemput pun. Kenapa awak ada di sana?”

“Saya masih tak percaya macam mana dia rasa okay dengan apa yang dibuatnya itu”

“Dia terus menerus cakap tak selesa tapi kenapa dia redah masuk majlis orang?”

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button