Nenek seronok, tak payah keluar rumah pun boleh mandi air terjun! Pengusaha houseboat pula ‘gelabah’ penangan vlral TikTok
TASIK kenyir merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular di Terengganu.
Selain memancing dan meneroka hutan, bermalam di atas rumah bot atau houseboat juga merupakan antara aktiviti yang boleh dilakukan di lokasi eko-pelancongan itu.
Di aplikasi TikTok, tular video sebuah keluarga yang bercuti dan mandi air terjun di atas houseboat yang meraih lebih 600,000 tontonan dan rata-rata netizen teringin untuk merasai pengalaman tersebut.
Paling menjadi perhatian, tentunya gelagat seorang nenek berkain batik yang begitu seronok ‘disirami’ air terjun dari atas houseboat yang disewa ahli keluarganya.
“Wah, bestnya.
“Bestnya tak pernah merasa mandi macam ini.
“Uish function betul kalau naik houseboat macam ini,” demikian antara komen warganet yang menyatakan keterujaan mereka terhadap percutian ini.
Cikgu Sabri menjalankan perniagaan houseboat sejak 2016.
Sahbri Ismail, 54, yang dikenali sebagai Cikgu Sabri merupakan pengusaha houseboat di Tasik Kenyir itu tidak menyangka video yang dimuat naik di TikTok tersebut mendapat tontonan yang begitu banyak daripada warganet.
“Saya tak sangka tontonan video ini mencanak naik dan mendapat sambutan yang begitu hangat oleh orang ramai, sebelum ini saya ada juga muat naik video mengenai houseboat di platform media sosial lain tetapi tidaklah mendapat sambutan hangat seperti ini.
“Memang sebelum ni ramai yang tahu tentang houseboat ni, tapi selepas video di TikTok ni tular, Alhamdulillah kami tak putus-putus terima panggilan daripada orang ramai bukan sahaja dari dalam negara malah pelancong luar negara juga turut bertanya.
“Saya amat gembira mengetahui perkara ini sekali gus membuatkan perkhidmatan sewa houseboat di Tasik Kenyir semakin popular dan dikenali ramai,” katanya ketika dihubungi mStar.
Antara aktiviti yang dapat dilakukan di Tasik Kenyir semasa menaiki houseboat
Bercerita lanjut mengenai aktiviti ‘parking’ houseboat sambil mandi air terjun, Cikgu Sabri berkata apa yang ditawarkan kepada pengunjung itu bukanlah benda baharu tetapi mungkin ramai tidak tahu ia telah wujud sejak 2016 lagi.
“Sebenarnya, saya dah tawarkan perkhidmatan parking houseboat di bawah air terjun ini sejak dahulu lagi, cuma kini makin dikenali dan mendapat sambutan hangat.
“Apa yang pengunjung perlu tahu, ia tak dapat dilakukan sepanjang masa tetapi hanya boleh dilakukan sewaktu musim air surut sahaja.
“Selain aktiviti tersebut, ada juga aktiviti lain seperti memancing, lawatan ke taman herba, karaoke, BBQ, sukaneka dan sebagainya,” katanya yang mengusahakan Buyong Houseboat.
Buyong Houseboat di Tasik Kenyir yang diusahakan oleh Cikgu Sabri
Menurut Cikgu Sabri dia mempunyai banyak kenangan manis sepanjang mengusahakan houseboat di Tasik Kenyir ini sekali gus membuatkan dia lebih bersemangat untuk memajukan perkhidmatan ini.
“Antara kenangan manis, saya berjaya ubah houseboat biasa menjadi lebih selesa dengan pelbagai kemudahan. Pada awalnya kebanyakan houseboat tak cukup lengkap dan kurang selesa untuk para pelancong.
“Alhamdulillah, dari dulu hingga kini tak ada lagi perkara-perkara buruk yang terjadi semasa saya menguruskan houseboat ini, kami sentiasa dapat feedback positif daripada pengunjung,” katanya yang merupakan pesara guru vokasional.
Tambah Cikgu Sabri lagi, dia harus mengakui rata-rata pengunjung yang pertama kali mencuba percutian houseboat berasa takut terutamanya menjelang malam namun selepas bercuti selama tiga hari, dua malam, segalanya berubah dan mereka ingin datang lagi.
“Pelancong tak perlu takut atau risau untuk bercuti atas houseboat kerana sepanjang percutian mereka akan ditemani bebeerapa kru yang amat berpengalaman. Houseboat juga dikelilingi pagar,” ujar pengusaha yang berasal dari Kampung Paloh Kuala Terengganu tersebut.
Antara kemudahan yang terdapat dalam houseboat di Tasik Kenyir
Houseboat di Tasik Kenyir merupakan bot bersaiz besar yang dilengkapi kemudahan lengkap termasuk katil, dapur, bilik air, peti sejuk, ruangan menonton televisyen, ruang tamu dan ruang makan yang pasti membuatkan para pengunjung berasa lebih selesa seperti berada di rumah sendiri.
Kebanyakan houseboat mempunyai banyak bilik tidur sesuai untuk percutian seisi keluarga atau berkumpulan.
Terdapat pakej yang bermula dengan harga RM3,000 untuk dua hari, satu malam dan RM5,500 untuk percutian selama tiga hari, dua malam yang memuatkan seramai 25 orang minimum bagi sebuah houseboat.
Sumber : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.