Hiburan

Mamat Sepah sedih tak datang majlis nikah Shuib Sepahtu dan Watie. Rupanya ini yang terjadi

Malam tadi, telah pun selamat pelawak serta penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu disatukan sebagai pasangab suami isteri, dengan wanita pilihan hatinya bernama Watie Hanifiah.

Shuib, yang juga perupakan founder Bubble Bee, mengucapkan akad nikah dengan sekali lafaz saja. Majlis pernikahan berlangsung dengan lancar dan meriah, dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan kedua belah pihak.

Dapat dilihat beberapa rakan artis turut menghadiri majlis pernikahan Shuib dan Watie, antaranya, Nabil Ahmad, Ajak Shiro, Nora Danish, Zulin Aziz, Marsha Milan, Mk K-Clique, Wan Sharmila dan ramai lagi.

 

Namun tidak kelihatan dua sosok yang merupakan rakan baik Shuib iaitu Mamat Sepah dan juga Jep Sepahtu. Menerusi satu temubual, Mamat Sepah tak dapat hadir ke majlis Shuib disebabkan sedang bekerja.

Mamat Sepah kini merupakan antara peserta dalam rancangan Mega Spontan, tayang Astro Warna. Kata Mamat, dia juga amat sedih kerana tak dapat nak hadir ke majlis nikah rakannya itu.

“Shuib, tadi petang saya dah call dia. Saya ada video call dia kejap tadi, tapi line tak berapa clear.”

“Saya cakap good luck brother, selamat pengantin baru. Sorry aku tak boleh datang.”

“Jujur memang sedihlah terasa, sebab dulu masa dia kahwin dengan arwah, saya pun orang terakhir yang datang. Masa tu memang saya sangat sibuk ada penggambaran.”

“Masih ingat saya bagi jambangan bunga pada arwah. Masa tu arwah pun nangis.”

Mamat Sepah juga mengimbau kenangan, semasa dia kahwin dengan isteri dulu, Shuib juga pernah memberinya hadiah.

“Saya masih ingat lagi dulu, masa saya kahwin, Shuib pernah bagi saya duit, beribu juga.”

Mamat juga sempat berseloroh meminta Shuib kahwin ikut masa Mamat.

“Tak dapat datang pula dia kahwin malam ni. Saya dah minta dia adjust untuk kahwin ikut waktu saya. Saya suruh dia kahwin esok sebenarnya, kenapa nak kena kahwin hari ini. Atau kau kahwin la kat sini pentas Mega Spontan.”

Apapun, ikatakan sahabat masih lagi utuh antara Mamat Sepah dan juga Shuib Sepahtu. Mamat Sepah tak hadir ke majlis kahwin Shuib Sepahtu disebabkan urusan kerja sebagai peserta Mega Spontan.

Shuib tak jemput Jep datang kenduri kahwin esok? Rupanya ini sebenarnya yang terjadi antara mereka

Dalam pada itu, Shuib tak jemput Jep datang kenduri kahwin esok? Rupanya ini sebenarnya yang terjadi antara mereka

Isu perselisihan faham yang berlaku di antara pasangan pelawak popular tanah air, Jep dan Shuib Sepahtu bukanlah menjadi rahsia di kalangan pencinta seni hiburan tanah air.

Bukan sedikit lompong yang ditinggalkan Shuib selepas digantung stesen penyiaran Astro

Shuib tak jemput Jep datang kenduri kahwin esok? Rupanya ini sebenarnya yang terjadi antara mereka

Kerana gara-gara didakwa melakukan aksi lucah dalam satu siri Sepahtu Reunion Live (SRL), ianya juga menyebabkan siri tersebut dikatakan semakin hilang serinya.

Sering menampilkan lawak bersahaja, ramai berpendapat chemistry di antara kedua-dua pelawak tersebut menjadikan mereka di antara pelawak terbaik yang pernah dimiliki negara.

Bukan tiada yang cuba menjernihkan kembali hubungan mereka berdua., namun tindakan penggantungannya oleh Astro tanpa pembelaan sahabat baiknya sensiri menyebabkan Shuib begitu terluka.

Malah tindakan Shuib kembali ke pentas lawak menerusi program Ubi Superstar Live menjawab kerinduannya untuk tampil menghiburkan peminatnya, meskipun dalam pentas yang berbeza

Sementara itu, menjelang pernikahan Shuib dengan Watie Hanifiah yang dijangka berlangsung esok, 23 Jun, peminat sekali lagi bertanyakan kehadiran Jep.

Mereka solah-olah dapat menghidu seolah-olah Jep tidak akan ke majlis bersejarah dua merpati sejoli itu sekalipun dijemput.

Apapun yang pasti, sudah pasti Jep akan mendoakan kebahagiaan Shuib, antara sahabat terpaling rapat yang tidak akan dapat digantikan dengan sesiapa.

Sumber : news tel

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button