“Mama Betul Ke Ayah Kahwin Lain? Kenapa Ayah Ada Orang Lain?” – Puteri Sarah Terkedu Nak Jawab Soalan Anak
PELAKON Puteri Sarah Liyana terkedu apabila anak lelakinya tiba-tiba bertanya sama ada bapanya, Syamsul Yusof sudah berkahwin lain serta punca mengapa pengarah berkenaan sudah lama tidak pulang ke rumah.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan Syaikhul yang baharu berusia enam tahun itu.
“Baru balik daripada photoshoot. Sampai-sampai rumah, Syaikhul tanya saya ‘Mama betul ke ayah kahwin lain?’
Syaikhul sudah mula bertanya tentang status ayahnya.
“Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain? Macam mana nak jawab soalan budak umur enam tahun? Saya terkedu,” katanya.
Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di instastory miliknya pada malam Isnin.
Dalam pada itu, aktres berkenaan bertanya kepada Syamsul bagaimana dia mahu menjawab soalan anak mereka yang masih tidak tahu apa-apa.
Soal Puteri Sarah, adakah Syamsul pernah terfikir jawapan yang mahu diberikan kepada anak-anak mereka sekiranya perkara itu dibangkitkan suatu hari nanti.
“Jadi kepada lelaki-lelaki yang pentingkan diri sendiri tu, isteri nak kena jawab apa dekat anak kecil ni?
“Pernah tak kamu terfikir satu hari nanti nak jawab apa dekat anak? Tidak! Kamu hanya fikir tentang nafsu, ikut kepala kamu sahaja.
“Ada terfikir tak kahwin lari dekat Siam tu nanti anak tanya nak jawab apa?,” ujarnya.
Sementara itu, Sarah turut menitip pesan kepada kaum lelaki yang memperjuangkan poligami untuk belajar semula agama Islam untuk memikirkan kesan dan akibatnya.
“Lelaki-lelaki di luar sana, sebelum nak perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar balik agama Islam ya dan fikir apa akibatnya,” katanya.
Sarah bahagia bersama dua cahaya matanya, Syaikhul dan Sumayyah.
Terdahulu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.
Susulan daripada pendedahan itu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cer4i pada pada 16 Januari lalu.
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cer4i berkenaan.
Untuk rekod, Syamsul mendirikan rumah tangga bersama Sarah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan turut dikurniakan seorang anak perempuan, Sumayyah yang kini berusia lima tahun.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda