Viral

Lelaki Ini Ceritakan Pengalaman Dia Berniaga Sebelah Makcik Nasi Lemak Viral Pada Tahun 2019, Memang Tak Sangka

Kecoh sehari dua ini berkenaan seorang makcik nasi lemak hampir semua platform media sosial bercerita perihal makcik ini ini gara-gara video yang tular.

Ramai yang mengec4m makcik ini kerana dikatakan menyerang peniaga lain yang turut menjual menu yang sama iaitu nasi lemak.

 

Lepas Ugvt Orang Sebelah Tutup Gerai, Peniaga Nasi Lemak ‘Viral’ Kini Disaman?

Nak tutup periuk nasi orang…akhirnya kena kat diri sendiri, plus bayar saman

Terbaru, difahamkan gerai milik peniaga tersebut telah diserbu oleh pihak penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula.

Melalui foto kiriman netizen yang dimuat naik ke Instagram mStar Online, penjual nasi lemak tersebut juga diminta bayar sejumlah saman namun tidak diperincikan atas kesalahan apa

Seorang pengguna Facebook Abu Raziq Ansorullah dan isterinya yang pernah meniaga menjual nasi lemak dan pelbagai jenis lauk pauk set lunchbox di depan Plaza Vads setelah membuat keputusan untuk resign daripada Vads / TM pada tahun 2019.

Abu Raziq mengaku kenal makcik yang viral pada hari ini yang kecoh hingga dibawa masuk ke dalam topik perbualan radio-radio Malaysia dan juga sosial media.

“Ramai juga yang bertanya hamba, adakah makcik yang sama semasa kami berniaga dulu? Jawab nya adalah ya.

“Hamba taknak lah cerita apa yang dia buat sepanjang kami berniaga. Sebab Tuhan dah pun respons hingga dia jadi bualan seluruh rakyat Malaysia. Semoga kita sama-samalah bertaubat,” katanya.

Ikuti kisah lelaki ini yang berniaga di Plaza Vads

Hamba dan isteri berniaga pun atas niat nak hiburkan manusia. Bagi orang makan sedap-sedap. Kami masak sambal Nasi Lemak kasi betul-betul tanak, naik minyaknya, ladanya pun masak betul.

Semuanya kami ikut panduan dan resipi Ybhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali. Kami siapkan juga lunchbox set untuk memudahkan kawan-kawan yang bekerja di Plaza Vads dan pekerja-pekerja sekitar Taman Tun.

Sebab, kami sangat maklum dan faham betapa masa untuk staff Vads turun lunch, memang sangat limit. Dengan nak cari parking kereta lagi. Sebab kami adalah ex Vads.

Kita kena setuju bahawa rezeki adalah masing-masing. Sama ada jualan kita sama dengan jualan peniaga sebelah, atau sebaliknya – tetap ada rezekinya. Tuhan dan susun. Jika jualan kita tak selaris peniaga sebelah, sama-samalah muhasabah dan bertaubat.

Baiki mana yang perlu. Tingkatkan lagi promosi dan iklan. Setiap peniaga, ada regular customer dia sendiri. Ada peminat dia sendiri. Takkan itu pun kita nak ajar? Ada orang suka kentang goreng Mcd, ada orang tak suka sebab dia suka kentang goreng tepi jalan. Rezeki lah tu.

Macam hamba dan isteri berniaga dulu, kami sendiri cemas dengan bantuan Tuhan. Laku ke? Ada orang ke? Masakan sedap ke?

Tapi, bila dah mula viral dan jadi buah mulut orang sekitar, kenalah cemas lagi dengan Tuhan atas segala nikmatNya ; sebab anytime je Tuhan boleh tarik balik nikmat viral tu sama ada lingkup atau orang dengki. Noktah.

Kami pun tak jangka, orang akan beratur panjang. Makcik sebelah tu pun ada pelanggan dia juga, pun beratur juga. Masing-masing sama-sama meriah.

Cuma hamba takde lah macam makcik sebelah hingga hantar spy ke gerai dhaif kami untuk pantau-pantau.

Kadang siap selamba je kritik sambal kami tak sedap di depan ramai pelanggan. Mujur ada pelanggan setia kami back up, “Sambal akak ni terpaling best yang pernah aku rasa nokk…” Haha, maaf lah, customer ni lemah lembut orangnya.

Tapi, gara-gara komen ikhlas dia itulah, customer makin meriah. Omputih pun borong Nasi Lemak dan lunch box kami. Tuhan.

Pegawai DBKL tak kacau ke? Jujur hamba jawab, tak langsung. Kita kena faham kerja mereka. Selagi mana tiada orang buat laporan, mereka tidak akan bertindak. Bila mereka pesan, pastikan sebelum jam 9 pagi dah kemas gerai, maka kami beri kerjasama.

Alhamdulillah, Tuhan buatkan jualan kami tu sebelum jam 9 pagi dah habis semua jualan. Malah, pegawai DBKL sendiri datang ke gerai hamba, beratur untuk beli Nasi Lemak dan Lunchbox kami.

Lauk signature kami adalah, daging blackpepper, ayam chicken butter dan rendang daging. Kalau habis lauk ni, muka pegawai DBKL memang sayu habis. Maka dengan itu, hamba suka simpankan lauk untuk mereka. Terhibur tak?? Ya, terhibur….itulah ajaran Islam. Didikan Ustaz Ashaari Muhammad.

Maka, jadilah peniaga Islam lagi bertaqwa. Jangan jadi peniaga Melayu. Macam-macam boleh terjadi seperti apa yang berlaku hari ini.

Kan indah saling bantu membantu, nasi lemak kita habis – kita bagitau pelanggan kita, beli kat jiran sebelah – ada juga jual nasi lemak. Kalau timun kita habis, boleh pulak pinjam timun jiran sebelah. Harmoninya ya Allah. Masyarakat idaman kita semua.

Berniaga ni, ada customer nya masing-masing. Ada rezekinya masing-masing. Di dalam masa yang sama, selalulah bertaubat dan baiki diri. Hamba berpesan untuk diri sendiri juga. Wallahualam.

Sumber : @Abu Raziq Ansorullah via Malaysia Dateline.

Kredit: Awattt Sheikhhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button