Viral

“Lain kali fikir dua kali…” – Telefon Kena Curl, Mekyun Terus Bawa Polis Pergi Rumah Pencurl Lepas Dapat Kesan Lokasi

Telefon antara barang berharga pada zaman kini dan ada banyak maklumat penting yang disimpan di dalam setiap telefon pintar seperti maklumat perbankan dan peribadi. Baru-baru ini pula, Tik Toker terkenal iaitu Mekyun mengalami detik cemas apabila kehilangan telefon miliknya itu.

Menurut gadis berbangsa Cina itu, dia berjaya mengesan di manakah lokasi telefon pintarnya itu selepas beberapa hari kehilangannya. Sebaik sahaja mendapatkan lokasi tersebut, Mekyun bergegas ke tempat itu bersama-sama pihak polis untuk mendapatkan semula telefonnya.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Mekyun tiba di sebuah kediaman bersama beberapa anggota polis. Turut dapat dilihat, sebuah kereta peronda polis yang berada di hadapan rumah tersebut di mana dua anggota polis sedang memanggil suspek yang berada di dalam rumahnya.

“Phone Mekyun kena curi tiga hari lalu. Semalam dapat kesan lokasi. Memang silap orang lah dia nak curi telefon.”

Difahamkan, telefon tersebut diserahkan semula oleh pencuri sebaik sahaja dia melihat ketibaan pihak polis di tempat tersebut. Dalam masa yang sama, Mekyun turut menasihati orang ramai untuk berfikir panjang sebelum mengambil hak milik orang lain terutamanya telefon pintar yang menjadi barang penting pada masa kini.

“Lain kali fikir dua kali sebelum awak nak curi telefon orang okay?”

Mekyun turut berterima kasih kepada kedua ibu bapanya yang membantunya sepanjang proses tersebut sehinggalah mereka akhirnya berjaya mendapatkan semula telefonnya.

Sekadar informasi, Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee terkenal di media sosial selepas memuat naik video bercakap dalam dialek Kelantan.

Mekyun merupakan antara influencer yang aktif di aplikasi TikTok dan Instagram kerana sering berkongsi pelbagai jenis kandungan video kreatif sama ada tentang dirinya, keluarga mahupun kisah-kisah anak muda masa kini.

Setakat ini, Mekyun telah mempunyai jumlah pengikut lebih 200,000 di Instagram manakala di aplikasi Tik Tok pula, pengikutnya telah pun mencecah hampir 650,000.

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button