Viral

Kant0i Buat ‘Group’ Kutuk Bos, Kieda Crepe Minta 12 Staf Hantar Surat Resign 24 Jam

Lepas satu-satu dugaan menimpa usahawan dessert terkenal, Kieda Crepe. Kalau sebelum ini Kieda dikutuk netizen kerana letak syarat harus beli makanan vendor, kali ini Kieda ditikam belakang oleh pekerja sendiri.

Menerusi satu rakaman video di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra meminta 12 orang pekerjanya memberikan surat letak jawatan 24 jam selepas mereka kantoi buat group di belakangnya.

Kata Kieda, isi kandungan group itu adalah kutukan bertubi-tubi dan pelbagai gelaran diberikan staf kepadanya.

Kieda berkata lagi, mereka tak perlu meneruskan ‘plan’ untuk berhenti serentak kerana Kieda sendiri yang akan minta mereka untuk resign.

Peniaga ini berharap para pekerjanya mendapat pekerjaan, bos dan circle yang lebih baik daripada sekarang.

Dengan rasa sedih, peniaga ini berkata dia melayan pekerja seperti keluarga sendiri tetapi akhirnya dikhianati

Dalam perkembangan terbaru, usahawan ini tampil membuat laporan polis dan merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja (Buruh) untuk membincangkan langkah seterusnya.

Kieda juga telah mendapat penjelasan daripada pekerjanya dan dalam 12 orang itu, hanya 5 orang diberhentikan sementara yang lain diberikan surat amaran.

Kredit: TikTok @kiedacrepe | Instagram Khalieda Yusra

Sumber: ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button