Lagi seminggu nak kahwin, Syafiq Kyle dan Mimi Lana batal nikah
MAJLIS penikahan dan resepsi perkahwinan pasangan artis iaitu Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos depan di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dibatalkan.
Perkara itu disahkan oleh wakil pengurusan artis berkenaan iaitu Iman Tang dalam satu mesej ringkas yang dihantar kepada tetamu dan jemputan khas.
Mesej pembatalan itu dikirimkan melalui agensi pengurusan jemputan artis yang dilantik.
“Saya dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan 18 Ogos 2023 di Puncak Rimba, Bentong, Pahang telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.
Pasangan ini dilaporkan akan mengadakan majlis pernikahan dan resepsi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.
“Mohon maaf atas segala kesulitan,” demikian mesej itu yang dihantar kepada tetamu pada Jumaat.
Rakan-rakan artis dan jemputan yang menerima mesej pembatalan itu juga turut terkejut kerana majlis itu hanya akan berlangsung dalam masa seminggu sahaja lagi.
Majlis akad nikah pasangan itu sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di lokasi berkenaan mengambil keberkatan Jumaat, penghulu segala hari sementara resepsinya pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman.
Tetamu yang diundang perlu memenuhi tema majlis dengan kod berpakaian black tie, long suit atau evening dress.
Usaha mStar bagi mendapatkan kenyataan daripada Syafiq berhubung pengumuman itu tidak berjaya selepas aktor berkenaan tidak menjawab panggilan telefon.
Mimi pula turut memuat naik puisi berbahasa Inggeris tentang penghargaan terhadap wanita di Instagram miliknya.
Tanpa sebarang kapsyen dan hanya meletakkan tanda noktah, Mimi turut menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.
Syafiq tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan berita pembatalan pernikahan mereka.
Pembatalan majlis istimewa ini mungkin disebabkan jadual kedua-dua mereka padat dengan penggambaran.
Mimi ketika ini sedang menjayakan karya berjudul Headliners bergandingan dengan Meerqeen.
Dalam pada itu pelakon Nabil Aqil, individu yang mempunyai pertalian keluarga dengan Syafiq Kyle memaklumkan, pihaknya juga terkejut dengan berita itu.
Katanya, setakat ini tiada siapa pun tahu punca pembatalan majlis itu sebaliknya hanya keluarga terdekat sahaja yang lebih maklum mengenainya.
“Saya terkejut dan agak sedih, tiada siapa yang tahu punca melainkan hanya keluarga,” ujarnya ringkas.
Mimi dan Syafiq mengikat tali pertunangan pada Januari lalu.
Sebelum ini, Mimi diraikan dalam satu majlis istimewa yang hanya dihadiri sahabat rapatnya termasuk pelakon Fazura, Amelia Henderson, Azira Shafinaz, Nabila Huda dan Sherry Al Hadad.
Aktres drama Perempuan Itu juga hampir mengalirkan air mata kerana sebak dengan sambutan yang diberikan oleh rakan-rakannya.
Pada 21 Januari lalu, Mimi, 28, memuat naik gambar dipercayai majlis pertunangannya dengan Syafiq.
Syafiq, 31, dalam satu kenyataan kepada media sebelum ini memaklumkan persiapan pernikahan mereka sedang berjalan lancar dan mereka hanya menanti hari bahagia.
Untuk rekod, pasangan ini juga pernah putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar di media sosial.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda