Hiburan

“Saya Pandang Lebih Pada Hati” – Mengaku Jarang Solat 5 Waktu, Mas Khan Cari Cara Lain Untuk Tambah Pahala

Baru-baru ini, pelakon lelaki, Mas Khan ada menjawab pertanyaan pengikutnya menerusi Ask Me Question di platform Instagram.

Di dalam pertanyaan tersebut, individu terbabit menanyakan soalan berkenaan bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya dan adakah Mas Khan menunaikan solat 5 waktu sehari.

Tidak melatah dengan soalan yang diberi, pelakon terbabit mengakui dirinya memang jarang menunaikan solat 5 waktu, namun tahu bahawa solat itu wajib dilakukan dan tiang agama umat Islam.

Tambahannya lagi, solat wajib 5 waktu itu sememangnya tersasar, namun dia mencari alternatif lain untuk menambah pahala dengan melakukan ibadah lain.

Jelas Mas Khan dia akui tidak dapat menunaikan solat lima waktu walaupun akui solat merupakan tiang agama. 

Mas Khan juga ada menulis dan mengatakan solat itu wajib namun bagi nya, di amelihat kepada hati seseorang. 

Ini komen penuh dari Mas Khan seperti yang dilaporkan oleh portal Xtra. 

“Jangan risau, saya ni tidak berpura pura pun. Solat tu memang jarang sekali. Ye betul, solat itu tiang agama serta wajib, namun saya juga memandang kepada hati seseorang itu sendiri.” 

“Maybe saya ni solat dah kelaut, tetapi kita juga cari pahala dari cara yang lain faham tak.” 

“Antara contohnya ialah bersedekah, membantu orang lain serta menjadi seorang yang bertanggungjawab dan sebagainya.” 

“Tak bermaksud juga jika kamu solat lima waktu kamu akan cium bau syurga jika hati pun tak betul. Nor heart feeling ye, chow dulu.” 

Itulah jawapan dari Mas Khan apabila ditanya tentang hal solat ini.  

 

Sebelum ini, nama pelakon berusia 28 tahun ini telah terpalit dengan isu membela haiwan peliharaan anjing baka German Shepherd yang bernama Cash dan ramai pertikaikan tindakannya itu.

Mas Khan Perjelas Sebab Bela Anjing, Tak Kisah Dikec4m

pelakon berusia 28 tahun itu bagaimanapun menjelaskan ia bukan untuk dijadikan haiwan peliharaan sebaliknya lebih kepada untuk melindungi persekitaran.

Sedia maklum, pelakon Mas Khan telah menerima kecaman yang hebat daripada kalangan netizen baru-baru ini kerana membela seekor anjing baka German Shepherd yang diberi nama, Cash.

Bagi menjelaskan hal terbabit, Mas Khan membuat satu hantaran di Instagram bagi menjelaskan bahawa sebab dia membela haiwan peliharaan tersebut untuk melindungi persekitaran.

Bahkan, pelakon itu juga mempunyai akademi dipercayai bagi berkongsi ilmu mengenai pelaburan dan perdagangan sekali gus memerlukan kawalan serta jagaan keselamatan daripada haiwan tersebut.

Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu turut meluahkan dirinya tidak kisah jika dikecam kerana membela anjing sebagai haiwan peliharaan serta turut menjelaskan lukisan seakan-akan tatu di bahagian tangan serta lehernya.

Setiap kali pegang dalam keadaan kering atau basah, kita akan guna sabun samak. Kita bukan tak tahu apa halal apa haram.

Mas Khan atau nama sebenarnya, Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan memohon maaf jika dia menyinggung perasaan netizen terutamanya umat Islam kerana membela anjing sebagai haiwan peliharaan.

Sumber: BeautifulNara, Xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button