Viral

Kisah ‘baby ajalb’ – Wanita tak tahu ham1l, siap makan pil perancang setiap bulan… Tiba-tiba ber4nak atas sofa

PELIK tapi benar.

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang wanita berkongsi kisah bayi ‘ajalb’ selepas dia selamat melahirkan anak tanpa disedari berada dalam kandungannya sejak sembilan bulan lalu.

Walaupun kedengaran agak mustahil, namun itulah yang berlaku terhadap wanita dikenali sebagai Eyka Ikaa di Facebook kerana kitaran haidnya berlaku seperti biasa dan normal.

Lebih pelik apabila dalam tempoh sembilan bulan ini juga dia mengambil pil perancang.

“Haid datang setiap bulan. Setiap hujung bulan haid akan datang seperti biasa. Anggaran lima ke enam hari. Pil perancang makan setiap bulan dan tak pernah skip.

“Bersalin pada 19 Oktober 2022 hari rabu pada pukul 8.45 pagi.

“Telah disambut oleh suami. Bersaksikan anak sulung yang berusia setahun dua bulan,” katanya yang dipercayai menetap di Perlis.

Hantaran asal dibuat oleh Eyka, di Facebook.

Hingga kini perkongsian Eyka dikongsi semula lebih 1,500 pelayar Facebook.

Sementara itu pada hantaran sama, Eyka turut menceritakan tentang pengalaman luar biasa itu sehingga dia melahirkan anak kedua berkenaan.

Cerita Eyka, malam sebelum melahirkan anak dia mula terasa saklt perut seolah-olah sembelit dan mahu membuang air besar.

Setelah keadaan saklt dihadapi menjadi semakin par4h, Eyka kemudiannya mengajak si suami untuk bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan lebih lanjut.

Bagaimanapun, belum sempat ke hospital, dia melahirkan bayi perempuan di kediamannya sendiri yang disambut oleh suami.

“Sebelum saya bersalin, malam tersebut dalam pukul 1 pagi rasa seperti perut masuk angin dan muntah beberapa kali. Keesokan harinya rasa tidak selesa di perut, makin terasa macam sembelit ingin membuang air besar.

“Saya masuk ke dalam bilik air beberapa kali tapi rasa tidak selesa di perut makin menjadi-jadi. Saya membuat keputusan untuk ajak suami ke hospital tetapi oleh kerana sudah tidak tahan. Saya melahirkan bayi perempuan di atas sofa dengan disambut oleh suami.

Syukur bayi saya sihat dan sempurna walaupun tidak pernah menerima sebarang rawatan.

EYKA IKAA

“Saya meminta suami saya untuk menghubungi pihak ambulans. Sebelum pihak ambulans tiba ke kediaman kami. Suami telah mengikat tali pusat menggunakan tali kasut,” katanya lagi.

Akui Eyka dan pasangannya, mereka masih terkejut dan gementar apabila menimang cahaya mata tanpa sebarang persiapan.

Malah ujarnya yang merupakan seorang peniaga jamu, tiada sebarang pergerakan dirasakan dalam perut sepanjang tempoh hamil.

“Sepanjang sembilan bulan, saya tidak menyedari kehadiran janin di dalam rahim saya. Kerana tidak merasa sebarang pergerakan dan perut tidak membuncit begitu besar seperti pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama.

“Berbeza dengan pengalaman saya melahirkan anak pertama dahulu. Perut besar, hidung kembang dan semuanya kembang,” ujarnya lagi.

Eyka selamat melahirkan bayi di sofa di rumahnya sendiri.

Tambah Eyka, walaupun tidak membuat sebarang rawatan mahupun pemeriksaan di hospital seperti ibu berbadan dua, dia bersyukur bahawa bayinya berada dalam keadaan sihat dan sempurna.

“Syukur bayi saya sihat dan sempurna walaupun tidak pernah menerima sebarang rawatan.

“Sepanjang kehamilan juga saya tidak membuka buku rekod kesihatan ibu di klinik kesihatan dan sudah pasti tiada sebarang rekod kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan.

“Syukur Allah melindungi dan menjaga anak dalam kandungan sehingga lahir ke dunia,” jelasnya lagi.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button