Viral

Budak tak dikenali datang minta dukung, peluk! Hati aunty menangis selepas bapanya datang mohon maaf – “Dia mungkin rindu ibunya”

RASA rindu kepada insan yang sudah meninggal dunia merupakan perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

‘Kesakitan’ menanggung rindu itu mungkin boleh dikaitkan dengan apa yang berlaku kepada Siti_angah.jb yang terkejut didatangi seorang budak perempuan tak dikenali lalu meminta dia mendukungnya.

Apa yang lebih menyentuh hati lagi apabila budak kecil yang masih menghisap puting itu terus memeluknya ketika didukung, seolah-olah melepas rindu kepada ibunya.

“Pertama kali saya didatangi seorang anak kecil yang saya sendiri tak kenal siapa.

“Menyapa ingin didukung. Bila saya mendukungnya secara automatik (spontan) dia terus memeluk dengan erat,” jelasnya.

Siti dihampiri oleh seorang kanak-kanak sewaktu sedang bekerja di pusat beli belah.

Menurut Siti, dia kemudian disapa pula oleh bapa kepada kanak-kanak perempuan tersebut.

Lelaki itu memberitahu bahawa isterinya yang juga ibu kepada kanak-kanak yang didukung itu sudah meninggal dunia.

“Pada pelukan yang kedua, bapanya minta maaf pada saya. Maaf ye kak.

“Anak mungkin rindu ibunya. Ibunya telah meninggal dunia. Al-Fatihah buat arwah ibunya,” imbas Siti menceritakan semula kejadian itu yang mana video yang dikongsi menjadi tular.

Bagaimanapun, punca kematian pasangannya tidak dijelaskan oleh si bapa dalam pertemuan singkat mereka di sebuah pusat beli belah itu.

Memahami perasaan yang terpendam dalam hati anak yatim itu, Siti hanya membiarkan dirinya terus dipeluk erat malah si kecil itu turut meletakkan kepala di bahunya.

Aunty tidak kenal kamu nak. Tapi hati ni menangis bila melihat kamu dalam keadaan begitu memeluk aunty.

“Biarlah gambar berbicara tak perlulah aunty jelaskan panjang-panjang. Semoga kamu membesar dengan dan menjadi solehah,” ujarnya sambil menitipkan doa.

Pada pelukan yang kedua, bapanya minta maaf pada saya. Maaf ye kak.

SITI_ANGAH.JB

Hantaran tersebut meraih lebih 500,000 jumlah tontonan setelah disiarkan di TikTok.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih apabila melihat beberapa keping foto menunjukkan kanak-kanak itu memeluk Siti.

“Bila tengok dia peluk sis, terasa sampai ke lubuk hati. Kasihannya dia.

“Pergilah selalu jumpa dia kak. Atas dasar bagi anak tu lepas rindu. Sedih sangat bila anak kecil-kecil macam ni hilang mak atau ayah atau kedua-duanya. Saya selalu berdoa,” katanya.

Komen netizen pada video.

Membalas salah satu komen tersebut, Siti menjelaskan mengenai situasi yang berlaku sebelum foto tersebut dirakamkan.

Katanya, dia dihampiri kanak-kanak berkenaan sewaktu sedang bekerja si sebuah premis di dalam pusat beli belah berkenaan.

“Saya tak kenal pun dia, tuan. Masa tu dia lalu di depan kedai saya bekerja.

“Tiba-tiba dia datang menghampiri saya. Saya harap sangat dapat berjumpa dengan dia,” jelasnya membalas komen.

Sumber :mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button