“Kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita” – Izwan Azir Saleh
Penyampai radio, Izwan Azir Saleh memuat naik sebuah hantaran di akaun Instagramnya meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir wargamaya yang didakwa tidak menghormati kem4ngkatan Ratu Elizabeth II.
Menerusi hantarannya, Izwan menyifatkan komen yang ditinggalkan oleh segelintir wargamaya sebagai miskin simpati dan tidak habis belajar Sejarah.
Ujarnya lagi, rakyat Malaysia masih tidak dapat hidup bebas jika Ratu Elizabeth menolak untuk memperoleh kemerdekaan ketika Tunku Abdul Rahman ke London dahulu.
“Komen-komen begitu bukan sahaja menunjukkan kita miskin rasa simpati tapi tak habis belajar Sejarah.
“Bayangkan jika pemergian Tunku Abdul Rahman ke London dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan, ditolak Ratu Elizabeth, agak-agaknya kita boleh hidup bebas ke hari ni?,” tulis Izwan.
Bukan itu sahaja, Izwan turut meminta wargamaya untuk mengenang jasa kepada baginda kerana telah mengurniakan kemerdekaan kepada Malaysia.
“Daripada kaitkan harga barang dengan kemangkatan baginda, kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita.
“Boleh saja jika Baginda menolak untuk mengurniakan kemerdekaan tapi kerana baginda merasakan Malaya sudah boleh mengurus negaranya sendiri, baginda sanggup melepaskan satu daripada tanah jajahannya,” ujarnya lagi.
Menerusi hantaran tersebut, memperlihatkan penyampai radio tersebut memeluk sebuah buku yang mempunyai wajah Ratu Elizabeth.
Dalam pada itu, ada segelintir pengguna Twitter memberi reaksi kurang senang dengan hantaran Izwan dan menganggapnya seperti mengagung-agungkan pemerintahan Ratu Elizabeth II.
Bagaimanapun, lain pula reaksi segelintir pengguna laman Twitter apabila membidas kenyataan Izwan yang didakwa seperti ‘mengagung-agungkan’ pemerintahan Ratu Elizabeth II.
Paling belen move ever done by man. Bayangkan dia cakap kat kawan dia “weh amik gambar aku peluk gambar queen jap,,,,” pic.twitter.com/x3KW07ueMS
— Kid Cujim (@mAAdJimi) September 9, 2022
Kalau takde pejuang, tokoh orang Melayu…
Dia ni kenapa?
Sumbet: Xtra
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.