Hiburan

Kemain ‘Belanja’ Sekarang! Riena Diana Akhirnya Bersuara Pasal Gambar S3ksi, Ini Dia Beritahu Buat Ramai Terkejut!!

PENAMPILAN pelakon Riena Diana ketika menyambut perayaan tahun baharu 2023 menjadi perhatian ramai apabila pemakaiannya dikatakan menjol0k mata.

Ramai membuat telahan perubahan fesyen Riena sebagai satu bentuk memberontak selepas percintaannya dengan jejaka dikenali sebagai Nik Afiq berakhir dengan perpisahan.

Menjelaskan perkara itu, Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 25, berkata, dia sebenarnya memang berimej s3ksu sejak dahulu cuma tidak terlalu berkongsi gaya pemakaiannya di media sosial untuk tatapan ramai.

Penampilan seksi Riena pada malam Tahun Baharu dikec4m peminat.

“Tiada kena mengena dengan kisah cinta, saya yang pilih untuk tidak berkongsi kerana jarang tunjuk kehidupan peribadi dan pemakaian saya kepada pengikut, mungkin disebabkan itu orang terkejut tengok saya pakai macam itu.

“Sebelum ini bantai sahaja, baju lebih s3ksi pun pernah saya pakai cuma saya tak kongsi di media sosial,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Riena berkata, dia tidak mengambil hati tentang komen dan kec4man diterima malah bersyukur apabila peminat masih lagi mengambil berat tentang keadaan dirinya.

Sebaliknya kata pelakon drama Kampung People itu, dia mengalu-alukan netizen berhenti mengikuti dia di laman sosial sekiranya tidak selesa melihat cara pemakaian dan kehidupan dipaparkan.

Saya bersyukur masih ada lagi orang bercakap fasal saya dan saya boleh hadap kec4man ini.

RIENA DIANA

PELAKON

“Saya tak marah orang yang kecam saya… saya terima dengan hati terbuka. Kalau orang tegur, maknanya orang sayang pada diri saya.

“Pada orang yang tak selesa dengan cara saya berpakaian dan apa saya kongsi di media sosial… saya alu-alukan untuk unfollow saya.

“Saya bersyukur masih ada lagi orang bercakap fasal saya dan saya boleh hadap kec4man ini,” katanya lagi.

Riena sedia terima kec4man dari peminat.

Jelasnya, dia mahu menjadi diri sendiri sekali gus tidak mahu menipu peminat dengan memaparkan perkara tidak benar tentang dirinya di media sosial.

Tambahnya, keluarganya juga tiada masalah dengan penampilan dia malah terus mendoakan kejayaannya dalam industri seni.

“Tahun ini saya nak tunjuk apa sahaja yang saya nak tapi itu bukan bermaksud netizen boleh cakap macam-macam fasal saya,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, hantaran pelakon yang popular dengan drama Kampung People itu mula dibanjiri pelbagai persepsi dan kec4man daripada netizen. Mana tidaknya pakaian yang dipakai agak s3ksi daripada biasa.

Rata-rata daripada mereka tidak menyangka Riena akan berpenampilan sedemikian rupa lantas menyindirnya.

“Terima kasih Riena sebab ‘belanja.

“Tahun baharu, mata aku dah ke lain.

“Lain macam azam tahun baharu dia. Semakin seksi!

“Tunjuk boobs pula dah,” komen mereka.

Terdahulu, Riena mengesahkan hubungan dengan kekasihnya, Nik Afiq telah terlerai selepas empat tahun menyulam cinta.

Bagaimanapun, bekas penyampai radio Hot FM itu enggan berkongsi mengenai punca kehancuran hubungan mereka.

Sedikit info Riena Diana.

Nur Qamarina Diana Zulreal (lahir 3 September 1997) merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyampai radio wanita Malaysia. Beliau merupakan finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017 dan telah berlakon dalam beberapa drama yang kebanyakannya terbitan TV3.

Kerjaya Riena Diana dalam bidang lakonan bermula selepas beliau menjadi salah seorang finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017. Selepas DFKL 2017 tamat, Riena ditawarkan berlakon dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin dibintangi oleh Raysha Rizrose, Azrel Ismail dan Idris Khan, yang merupakan drama pertama lakonannya. Riena berlakon dengan dua saluran, TV3 dan TV Okey.

Beliau mula menjadi bualan peminat setelah menjayakan watak Dr. Qhadeeja dalam drama Nur yang dibintangi oleh Amyra Rosli. Selain itu, beliau turut berlakon dalam drama Cinta Lemon Madu sebagai Aisyah.

Kejayaan Riena hadir apabila beliau menjadi salah seorang pelakon utama drama Kampung People di mana beliau memegang watak gadis kaya bimbo, Laila. Beliau berkongsi bahawa “Ramai tidak sangka saya boleh membawakan watak komedi, malah saya menerima pelbagai maklum balas positif sejak drama itu disiarkan”.

Riena kemudian memulakan kerjaya sebagai pengacara dengan mengacarakan rancangan Gempak TV di Astro Ria, kemudian diikuti oleh By The Sea di TV3

Sumber BOOM, mStar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button