Keluarga sikit pun tak ‘judge’ selepas Aliff Aziz mengadu dengan ibu baca mesej cur4ng Bella Astillah
SELEPAS mengetahui kecurangan yang dilakukan oleh Bella Astillah, pelakon Aliff Aziz memberitahu dia menghubungi ibunya iaitu Siti Hafiza bagi berkongsi masalah rumah tangganya itu.
Mendengar luahan itu, Aliff, 33, berkata ibunya langsung tidak menghakimi tindakan Bella sebaliknya menerima perkara itu dengan lapang hati.
“Saya telefon ibu bapa saya selepas dapat tahu perkara itu, saya kecewa, ibu bapa saya sangat risau ketika itu.
“Dan ibu saya pun cakap… jangan risau Bella, umi tak judge Bella atau apa-apa benda.
“Umi minta kami anggap semua yang terjadi ini ada hikmah dan berdoakan semua ini berjalan dengan lancar dalam apa sahaja keputusan yang kami akan buat,” katanya.
Aliff memberitahu ibunya langsung tidak menghakimi Bella.
Aliff Aziz mendedahkan perkara itu menerusi Podcast The Common Folks yang dimuat naik di YouTube pada awal pagi Jumaat.
Kata Aliff Lagi, perbincangannya bersama Bella dan keluarga berlaku dengan tenang di bilik hotel penginapan ibu bapanya.
Malah, penyanyi lagu Sayang-Sayang itu mengambil keputusan memaafkan dan percaya apa yang berlaku ini sebagai satu kifarah terhadap segala kesalahannya terhadap Bella.
Jelasnya, dia sedar apa yang dia rasakan pada waktu itu ada kesakitan yang sama dialami oleh isterinya apabila dia berulang kali melakukan kecurangan dalam perkahwinan mereka.
“Saya tak tahu apa yang terjadi pada diri saya, dengan ibu bapa saya pun ada disana. Segala yang saya cakap ialah saya maafkan dia… Saya anggap ini sebagai satu kifarah.
“Selepas apa yang saya buat bertahun-tahun, ini rupanya apa yang isteri saya rasakan selama ini.
“Nak bandingkan apa yang saya rasa pada waktu itu, pasti lagi teruk apa yang dia rasakan selama ini.
“Tuhan nak kejutkan saya mungkin selama ini saya tak hargai isteri saya. Perkara ini perlu terjadi sebelum saya tersedar,” ujarnya.
Pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Ia susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap curang apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua.
Aliff percaya apa yang terjadi adalah kifarah terhadap kesalahannya selama ini.
Tidak menyangkal dakwaan tersebut, Bella bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Muaz sekadar mahu membuatkan Aliff cemburu dan perkara itu juga sudah selesai di antara keluarga kedua-dua belah pihak.
Isu itu bertambah panas apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff seiak Januari lalu.
Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai ‘NRF’.
Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu ini turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.
Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.