Hiburan

Busana Janna Nick dan Nabila Razali jadi sasaran kec4man di AJL37

PETALING JAYA: Di sebalik teka-teki lagu yang bakal merangkul trofi Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37), malam bersejarah itu turut dihangatkan dengan penampilan selebriti yang hadir memberikan sokongan kepada acara tahunan berprestij tersebut.

Antara yang mencuri perhatian adalah kemunculan penyanyi, Nabila Razali dan pelakon popular, Janna Nick apabila busana yang mereka gayakan menjadi bualan ramai.

Pakaian Nabila Razali terlalu ketat

Nabila yang menyarung busana rona biru putih rekaan Teh Firdaus tular di media sosial apabila ada yang mendakwa pakaian tersebut menyerlahkan susuk tubuh penyanyi tersebut.

Busana berwarna biru putih yang dihiasi ‘diamond’ yang digayakan pelantun lagu Peluang Kedua turut menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-rata daripada netizen berpendapat fesyen yang digayakan Nabila pada malam ini kurang sesuai untuk wanita berhijab.

Hal ini kerana, busana tersebut dilihat agak ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Bukan itu sahaja, tudung yang dipakai penyanyi berusia 30 tahun ini juga dilihat agak singkat. Malah, ada segelintir netizen mendakwa fesyen tersebut tidak jauh seperti pakaian renang.

Susulan daripada itu, mereka berharap agar Nabila lebih peka dalam pemilihan pakaian sesuai termasuklah melabuhkan tudung sehingga menutup dada. Namun, ada juga yang memuji keayuan Nabila pada malam berprestij Anugerah Juara Lagu ke-37.

“Joe Flizzow lebih patuh syariah berbanding Nabila. Terlalu ikut badan,” komen seorang netizen.

“Nabila sudah macam opera singer dalam filem Fifth Element,” tambah seorang lagi netizen.

‘Extra blink blink’

Janna, 28, dilihat memakai busana labuh berwarna kelabu yang ‘extra blink blink.’ Namun, apa yang mencuri tumpuan apabila ‘dress’ itu kelihatan terdedah seakan kulit badan. Bagaimanapun, pakaian itu sebenarnya dialas dengan kain yang mengikut warna kulit.

Segelintir warganet yang kurang senang dengan persalinan yang agak seksi itu.

Malah, ada yang mempersoalkan sama ada baju tersebut tidak sempat disiapkan sehingga banyak bahagian baju yang tidak disambung.

“Seram tengok baju Janna,” komen seorang netizen.

Sumber: utusan / ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button