Hiburan

“Kau ingat aku berani” – Sama harga motor, Hairul nak beli helmet minta Achey pula pujuk Hanis Zalikha cuit hati ramai

Pasangan selebriti popular iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini boleh dikatakan apa sahaja dilakukan mereka tentu mencuri tumpuan peminat. Malah kedua-dua anak mereka yang diberi nama, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah juga sama diminati ramai.

Meskipun begitu, terbaharu gara-gara Hairul Azreen yang ingin membeli sesuatu yang rasanya agak mahal ini membuatkan dia meminta pertolongan rakannya, Achey untuk memujuk isteri, Hanis Zalikha.

Pasangan sama cantik, sama padan ini dilihat berada di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis helmet, sudahlah cantik tentu harganya boleh tahan juga sehingga Achey turut terlepas berseloroh hampir sama dengan harga motor kepada Hanis Zalikha. Dalam rakaman ini menunjukkan, pada awalnya Hairul Azreen meminta agar dia memujuk isterinya.

Disangkakan ingin memujuk setelah bangun daripada tempat duduknya, ternyata Achey sempat berseloroh tentang harga dan menyebabkan Hanis Zalikha terus memberikan reaksinya kepada Hairul Azreen yang mengundang tawa buat mereka.

Video:

@hairul_azreen88

Hari ni GF teman tgok helmet @Hanis Zalikha , g usha kedai @FTGARAGE

original sound – Hairul Azreen – Hairul Azreen

Kau ingat aku berani

“Hari ni GF teman tengok helmet Hanis Zalikha, g usha kedai Ftgarage,” kongsinya pula di akaunmiliknya itu. Disamping kata-kata Achey turut mencuit hati warganet apabila dia juga rupa-rupanya cuak dan tidak berani memujuk isteri rakan baiknya itu.

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button