Hiburan

Jari kelingking pelakon Shahronizam putvs terkena plsau ketika potong ayam

PELAKON Shahronizam Noor kehilangan jari kelingking tangan kananya selepas pisau pemotong daging ketika memotong ayam tersasar dan terkena pada bahagian jarinya.

Anak tirinya iaitu Daniel Khairi berkata, insiden tidak dijangka itu berlaku selepas mereka sekeluarga baru selesai berbuka puasa di rumah mereka pada malam Isnin.

Susulan kejadian itu, Shahronizam, 51, dikejarkan ke Hospital Ampang Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan kecemasan namun jari kelingkingnya tidak dapat diselamatkan.

“Selepas selesai berbuka puasa, abah pergi ke dapur untuk memotong daging ayam untuk diberikan kepada kucing peliharaan kami.

Shahronizam bersama isteri, penyanyi Safura.

“Tetapi ketika proses memotong daging ayam, pisau abah tersasar lalu terkena jari kelingkingnya.

“Mlihat jarinya yang terkulai putus, kami terus bawa abah ke hospital untuk mendapatkan rawatan memandangkan kecederaannya parah,” katanya.

Dalam pada itu, Daniel berkata, petugas perubatan berjaya menghentikan pendarahan dan membalut luka manakal jari yang putus dimasukkan ke dalam sebuah bekas untuk dibekukan.

Proses menyambung jari tersebut tidak dapat dilakukan dengan segera memandangkan tiada doktor pakar bertugas.

Daniel memberitahu bapanya tirinya kini stabil dan masih ditahan di wad Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

“Petugas perlu menunggu pengesahan doktor pakar sama ada jari tersebut boleh disambugn semula atau sebaliknya.

“Bagaimanapun malangnya pagi tadi (Selasa) doktor pakar memberitahu jari abah tidak dapat disambung semula memandangkan urat arteri yang menyambung darah telah pun putus,” ujarnya.

Bercakap mengenai keadaan bapa tirinya, Daniel memberitahu Shahronizam kini dalam keadaan stabil dan masih berada di wad untuk pemerhatian sehingga lukanya sembuh.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button