Hiburan

“Kami tidak sempat bercinta…” – Manis bercinta selepas kahwin, Farah Lee syukur Allah hadirkan suami tepat masanya

PERSONALITI media sosial Farah Lee menyifatkan kehadiran suami iaitu Fuad Hashim tepat pada masanya ketika dia sudah bersedia kembali bergelar isteri selepas tujuh tahun memegang gelaran ibu tunggal.

Farah atau Nurfarahin Romli, 31, bagaimanapun berkata, perkenalan di antara mereka berlaku dalam tempoh singkat malah tidak sempat bercinta sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

Jelasnya, dia bukan individu yang pandai bermain cinta malah selepas kegagalan rumah tangga pertama sebelum ini dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

Farah menyifatkan kehadiran Fuad tepat pada waktunya.

“Gambar selfie bersama buat pertama kali, itu pun selepas lima hari bernikah. Kami tidak sempat bercinta dan tidak pernah keluar dating melainkan keluar makan malam dua kali.

“Orang yang kenal saya memang tahu saya ini jenis awkward nak bercinta kerana tidak bersedia.

“Fuad datang masa saya sudah bersedia. Dia pun bersedia dan serius (untuk berkahwin). Jadi selepas taaruf baru saya setuju meneruskan perkahwinan ini,” katanya.

Farah berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya.

Tanpa berselindung, Farah memberitahu keserasian di antara mereka masih belum ada namun ia boleh dipupuk secara perlahan-lahan.

Malah kata Farah, rasa sayang terhadap Fuad juga semakin bertambah selepas mereka mendirikan rumah tangga dan bersyukur dikurniakan seorang suami yang tepat buatnya.

Farah berkongsi detik perkenalan mereka di Instagram.

“Kami jarang berhubung (sebelum kahwin) tetapi yang saya tahu kami memang serasi. Keserasian itu boleh wujud dari masa ke semasa sebab yang pegang setiap hati adalah Allah,” katanya.

“Kami berdua macam tak sangka dah berkahwin. Ia bermula dengan usikan kawan-kawan dan Fuad yang pemalu itu tiba-tiba meluahkan perasaan.

“Alhamdulillah semuanya berlaku dengan pantas dan lepas kahwin baru saya macam mula sayang dekat Fuad. Saya bersyukur sangat Allah aturkan semua ini,” kongsinya.

Majlis resepsi unik pasangan ini yang diadakan di Terengganu.

Pada 5 Januari lalu, Farah memaklumkan dia kini sudah kembali bergelar isteri selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal.

Untuk rekod, sebelum ini Farah mendirikan rumah tangga dengan pengacara Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 namun bercerai pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Maream Esaabel yang kini berusia 9 tahun.

Sumber :mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button