Hiburan

Dikec4m Netizen Sebab Pakai Kain Belah Tinggi Sampai Nampak Paha, Amyza Aznan; “Tak s3ksi, Pakai Seluar Warna Kulit”

PETALING JAYA – Menyedari fesyen gaun leret terbelah paras paha mencetuskan prasangka, Amyza Aznan yang menjadi artis undangan Yamani Abdillah dan Zaki Yamani dalam program Famili Duo malam tadi tampil menjelaskan keadaan.

Busana Amyza Aznan s3ksi

Kata pelakon itu, dia memakai seluar ketat senada dengan tona kulit walau tampak s3ksi apabila belahan kain tersebut dilihat terlampau tinggi hingga menyerlahkan pangkal pahanya.

“Mana s3ksi, seluar warna kulit. Mana lepas kalau tak pakai seluar,” katanya memberikan maklum balas dalam ruangan komen Instagram.

Malam tadi, duo anak lelaki Datuk Jamal Abdillah itu menyampaikan lagu berjudul Hati pada minggu keempat Famili Duo dengan memilih tema penyiasatan era ‘gatsby’ yang menyerlahkan persembahan mereka.

Kemunculan Amyza, 46, yang tampil yakin dan bergaya dalam persalinan serba hitam itu meraih sorakan penonton yang memenuhi Sri Pentas 2, Shah Alam, Selangor.

Bagai dijangka, penampilan berani artis serba boleh itu mengundang kritikan ramai yang menganggap belahan tinggi gaun dipakainya terlampau s3ksi selain kurang sesuai dengan usianya.

Sementara itu, pada minggu keempat program siaran TV3 malam tadi, Yamani dan Zaki berada di tangga kelima dengan kutipan markah sebanyak 48.1 peratus.

Minggu lalu mereka mengenepikan enam pasangan lain apabila meraih RM10,000 selepas dipilih sebagai juara untuk minggu ketiga.

KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button