Hiburan

“Saya nak ada rumah sendiri” – Selepas berjaya miliki Mercedes Benz, Ezzanie Jasny kumpul duit beli rumah pula

BERJAYA memiliki kereta mewah idamannya iaitu Mercedes Benz A180 baru-baru ini tidak membuatkan pelakon Ezzanie Jasny berasa selesa dengan pencapaian diri.

Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, sebaliknya mahu terus bekerja keras bagi mencapai beberapa impian lain termasuk memiliki rumah sendiri.

“Saya nak ada rumah sendiri, sekarang belum lagi tapi tengoklah tahun depan Insya-Allah.

Ezzanie ketika ditemui di tayangan episod akhir Layang-Layang Perkahwinan.

“Setakat ni dah dapat apa yang saya nak, jadi saya kerja dulu simpan apa yang patut, kalau ada rezeki untuk saya miliki rumah saya cubalah,” katanya kepada mStar.

Bercerita mengenai kereta idamannya, Ezzanie memberitahu kenderaan lamanya jenis Proton X50 diberikan kepada keluarga sebagai kegunaan harian.

“Sebelum saya nak Proton X50 tu saya memang dah sasarkan nak beli Mercedes. Tapi banyak perkara saya kena lalui, jadi kereta X50 tu dulu yang saya dapat.

“Sekarang ni saya bagi X50 tu pada keluarga saya dan saya gunakan Mercedes itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ezzanie memberitahu selain berlakon dia juga akan memberi fokus kepada perniagaan kosmetik dan studio fotografi yang diusahakan.

Katanya, dia bukan seorang wanita yang suka duduk diam sebaliknya lebih gemar bekerja dalam memastikan semua sasaran diimpikan tercapai.

Ezzanie fokus perniagaan menjelang musim perayaan.

“Bagi saya bila ada sesuatu yang berharga ia berikan saya motivasi untuk bekerja.

“Saya kena kerja sebab saya jenis manusia tak boleh duduk diam, bukan sahaja berlakon tapi saya juga ada perniagaan studio fotografi yang saya uruskan.

“Mungkin saya akan cuti sekejap daripada dunia lakonan untuk uruskan perniagaan,” ujarnya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button