Hiburan

“Kalau pelakon kerja 20 jam, pengarah berapa lama pula?” – Yusry Abdul Halim kata krew pun kena lenjan!

PENGARAH Datuk Yusry Abdul Halim menyifatkan tidak adil hanya melihat pelakon sahaja terp4ksa bekerja lebih masa di set penggambaran memandangkan kru terlibat turut berdepan masalah sama.

Yusry, 50, berkata, sebagai seorang pengarah dia sendiri antara individu yang terpaksa bekerja lebih masa dalam sesebuah penerbitan filem atau pun drama malah adakalanya terpaksa berada di set penggambaran seharian.

“Kalau pelakon kerja 20 jam, anda rasa pengarah kerja berapa lama pula? Mereka sampai sebelum pelakon tiba di lokasi. Sudah selesai, pengarah ada perbincangan pula bersama penerbit dan kru produksi.

Setiap artis ada hak untuk bersuara.

“Jadi pengarah punya waktu bekerja adalah lebih lama kerana kalau nak dibandingkan, setiap hari pengarah ada di set penggambaran tetapi pelakon hanya terlibat dalam babak mereka sahaja,’ katanya kepada mStar.

Yusry berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Legenda Puteri Qaseh yang diadakan di 1 Utama, Damansara pada Khamis.

Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa tidak puas hati apabila pelakon did4kwa terpaksa bekerja selama 20 jam kerana ada segelintir produksi mahu menjimatkan kos penerbitan drama atau filem.

Sehubungan itu, aktor berkenaan meminta agar Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) memantau waktu kerja yang dijanjikan sebelum ini, 12 jam sehari.

Bagaimanapun jelas Yusry, ia adalah tanggungjawab yang digalas dalam kerjaya sebagai anak seni namun setiap orang mempunyai pilihan sama ada menolak atau bekerja dalam tempoh lama.

Kalau pelakon kerja 20 jam, kamu rasa pengarah kerja berapa jam?

YUSRY

PENGARAH/PELAKON

Katanya lagi, komunikasi di antara artis dan produksi sangat penting kerana masing-masing mempunyai hak meletakkan syarat sebelum menandatangani sesuatu kontrak.

“Ini adalah hak masing-masing. Kalau saya tak mahu bekerja melibatkan masa panjang, saya beritahu awal-awal saya tak mahu shooting lebih daripada 12 jam.

“Walaupun tiada dalam kontrak untuk persetujuan kerja lebih masa, tetapi sekali-sekala saya boleh terima. Kalau perkara seperti ini berlaku setiap hari, saya ada hak untuk bersuara dan tidak mahu terlibat,” jelasnya.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button