Hiburan

Bapa berubah sikap selepas kahwin Miera Liyana, jumpa di mahkamah pun tidak tegur… Anak tak sanggup tengok ibu derlta

ANAK tiri kepada pelakon Miera Liyana iaitu Nur Izzah Rosland meluahkan rasa kesal atas segala permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga ibu bapanya.

Kata Izzah, 26, bapanya iaitu Rosland Othman mula menunjukkan perubahan sikap selepas berkahwin dengan aktres berkenaan pada Julai 2020.

“Sebagai anak memanglah sedih dan kecewa. Kalau ada jalan penyelesaian itu bagus untuk mereka (ibu dan bapanya).

Adibah mahu pertahankan rumah tangga.

“Kalau berpisah pun mungkin bagus untuk ibu saya kerana selama ini dia telah banyak menderita sedangkan ibu tidak bersalah,” katanya kepada mStar.

Izzah ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur kerana menemani ibunya Adibah Abdul Mutalib, 50, bagi proses lantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada Rabu.

Semasa sesi JKP itu, Rosland, 50, juga dilihat tidak bertegur dengan anaknya meskipun mempunyai peluang berbuat demikian.

Rosland hanya berlalu pergi meninggalkan mahkamah tanpa memberi sebarang komen berhubung isu rumah tangganya.

“Saya tidak rasa apa-apa pun (tidak ditegur bapa). Mungkin dah biasa. Saya pun lebih tenang tidak bercakap dengannya. Dia sudah banyak berubah. Ayah saya yang dulu bukan lagi seperti sekarang ini,” ujarnya.

Tambah Izzah lagi, sudah lama mereka tidak berhubung dan bapanya telah menyekat nombor telefon sejak Februari lalu.

Izzah selaku anak sulung bagaimanapun tetap akan memberikan sokongan kepada ibunya sepanjang berdepan kemelut rumah tangga ini.

Dia sudah banyak berubah. Ayah saya yang dulu bukan lagi seperti sekarang ini

NUR IZZAH ROSLAND

ANAK TIRI MIERA LIYANA

“Saya tak berhubung dengan ayah. Dia dah ‘block’ saya sejak Februari lalu.

“Kami anak-anak sentiasa memberi sokongan kepada ibu. Saya juga sentiasa ingatkan dia supaya menjaga kesihatan mental,” jelasnya.

Dalam persidangan tersebut, Adibah melantik abang sulungnya iaitu Azman Abdul Mutalib sebagai wakil JKP, manakala Rosland pula diwakili oleh adiknya Kamarul Othman.

Rosland enggan ditemu bual dan hanya berlalu pergi sejurus selesai lantikan JKP.

Rosland turut ditemai abang dan ibu Miera ketika hadir ke mahkamah.

Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sementara itu Rosland bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada Mei 2021.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button